AURA JUITA

Krim BB, formulasi penuh akar manis

Krim BB, formulasi penuh akar manis


Hairman dan Suzaini menunjukkan produk keluaran mereka yang mendapat tempat dalam kalangan pengguna.


KRIM wajah amat sinonim dengan dunia kecantikan dan ia menjadi antara produk paling digemari golongan wanita tidak kiralah sama ada orang biasa mahupun selebriti ternama.

Sebelum ini, krim wajah AA pernah mendapat tempat dalam pasaran tempatan, kini selaras dengan peredaran masa, trend beralih pula kepada krim BB, CC dan DD serta banyak lagi yang membantu membuatkan kulit wajah si pemakai kelihatan segar dan berseri-seri sepanjang masa.

Menyedari senario tersebut, syarikat penghasil dan pengedar produk kecantikan bumiputera, MHH Group Enterprise (MHH Group) menawarkan krim BB khas di bawah label Sue Sara Beauty untuk orang ramai yang diformulasi khas daripada ekstrak akar manis (kulit kayu manis) yang diimport khas dari Perancis.

Pengasasnya, Hairman Mad Ali berkata, krim BB Sue Sara Beauty sememangnya mendapat tempat dalam kalangan pengguna kerana dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi seperti akar manis dan ekstrak salmon yang dirumus khas enam dalam satu.

“Akar manis sememangnya merupakan bahan yang popular dan ternyata mempunyai 1001 khasiat untuk kesihatan manusia sejak turun temurun terutama untuk kulit.

“Krim BB yang dirumus khas ini berperanan sebagai bedak asas yang berfungsi merawat serta meresap jauh ke dalam kulit secara terus dan menjadikan kulit muka lebih berseri, mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat selain berperanan mengecilkan liang pori pada wajah,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Tambah Hairman, krim BB Sue Sara Beauty adalah produk khusus 100 peratus daripada bahan organik yang dihasilkan bagi menggantikan serum, krim pelembap dan lain-lain produk krim muka selain mesra solat.


rangkaian produk kecantikan di bawah label Sue Sara Beauty.


“Krim BB kami dijamin tidak menggunakan sebarang bahan kimia terlarang selain telah menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) di makmal selama setahun sebelum mula dipasarkan pada September tahun lalu bagi memastikan kualiti yang dihasilkan benar-benar bermutu tinggi tanpa sebarang kesan sampingan.

“Menariknya, ia sesuai digunakan semua jenis kulit wanita dan lelaki seawal umur 13 tahun dan kesannya dapat dilihat dalam tempoh dua minggu penggunaan,” ujarnya yang menyatakan krim BB tersebut ditawarkan dalam dua jenis tona (natural and light pinkish) dan dijual pada harga RM90 sempena promosi beserta hadiah percuma.

Dalam pada itu, pengasas bersama MHH Group, Suzaini Lisna memberitahu, Sue Sara Beauty turut menawarkan produk pencuci muka tersendiri yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna yang dirumus khas daripada ekstrak epal, aloe vera dan timun.

Istimewa sekali, pencuci muka Sue Sara Beauty tersebut tidak sama seperti produk seumpama yang berada di pasaran kerana ia dihasilkan dalam bentuk gel dan kurang buih serta turut sesuai digunakan bagi semua jenis kulit dan usia.

Dijual pada harga RM39 sebotol dengan berat 40 mililiter, Suzaini memberitahu, ia merupakan harga promosi yang ditawarkan kepada orang ramai sehingga Hari Raya Aidiladha ini.

Pengguna juga tidak perlu was-was dan bimbang untuk menggunakan produk di bawah label Sue Sara Beauty kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Sehingga kini syarikatnya mempunyai lebih daripada 60 ejen di seluruh negara dan bakal bertambah kepada lebih daripada 100 orang hujung tahun ini. Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi talian 019-4057 997 atau 013-4417 730.

Sementara itu, dua produk terbaharu, Sue Sara Beauty iaitu Loose Powder dan Glowing Face Mist Glitter turut bakal berada di pasaran bermula September ini.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 31