DIVA INTERAKTIF

Hormati keputusan Ummi Nazeera sekeluarga

Hormati keputusan Ummi Nazeera sekeluarga


GAMBAR Ummi (kiri) dan suami, Mohd. Izzar yang dimuat naik di laman Instagramnya, @umminazeera.


KALAU nak tahu, ramai juga rakan-rakan Diva yang berkecil hati selepas pelakon popular, Ummi Nazeera rupa-rupanya telah bernikah lebih awal dengan lelaki pilihan keluarganya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani, 30, pada satu majlis tertutup pada 23 Julai lepas.

Yelah, ramai dalam kalangan teman-teman Diva yang teruja untuk hadir pada majlis yang sepatutnya berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya pada Khamis lepas, tup-tup sudah bernikah lebih awal rupa-rupanya.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainulabadin, 27, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz di kediaman bapa saudaranya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur yang hanya dihadiri 20 tetamu terdekat.

Pelakon itu menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, namun jumlah mas kahwin dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Ummi memberitahu kepada teman-teman Diva, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan bagi menghormati permintaan keluarga.

Tak apalah, Ummi pun sudah memohon maaf berhubung perkara itu. Jadi, Diva dan rakan-rakan menghormati keputusan Ummi sekeluarga.

Diva harap, netizen pun sama-sama mendoakan kesejahteraan Ummi dan suami. Jangan pula bergosip yang bukan-bukan di laman sosial okey.

Diva: Berkongsi sedih apabila hubungan cinta Fathia Latiff tidak menjadi. Sabarlah, Diva pernah merasai semua itu.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31