AURA JUITA

Jus Kunyit Malika, minuman berkhasiat seisi keluarga

Jus Kunyit Malika, minuman berkhasiat seisi keluarga


ADYBAH ZAFIRAH menunjukkan Jus Kunyit Malika keluaran syarikatnya.


ACAPKALI kali kita diuar-uarkan supaya mengamalkan pemakanan sihat untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas seiring dengan peningkatan usia.

Hakikatnya, ramai antara kita tidak menyedari pola pemakanan yang diamalkan tidak begitu berkhasiat. Corak pemakanan pada masa kini banyak menjurus kepada makanan yang sudah diproses dan disimpan untuk jangka masa panjang.

Tanpa disedari, nutrien yang terkandung sudah susut dan tidak lagi berkhasiat. Justeru, pengambilan makanan tambahan atau suplemen kesihatan sangat digalakkan untuk mengimbangi gaya pemakanan yang tidak sihat.

Menyedari trend dan gaya pemakanan tidak sihat yang sedang berlaku, syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan bumiputera, Malika Legacy Sdn. Bhd. (Malika Legacy) menawarkan satu formula khas pemakanan tambahan yang sesuai diamalkan oleh semua lapisan usia.

Mengandungi kesemua khasiat dan nutrisi yang lengkap, ia memberi kesan baik yang berganda untuk kesihatan. Jus Kunyit Malika merupakan minuman tinggi antioksidan yang diformulasi daripada bahan-bahan terpilih dan kaya dengan khasiat tersendiri.

Pengasasnya, Adybah Zafirah Mohd. Rosdy berkata, jus yang sesuai diamalkan seisi keluarga tersebut diperkaya dengan bahan terpilih seperti kunyit segar, asam jawa, gula merah dan makanan sunah seperti habbatus sauda dan safron yang baik untuk pencernaan dan proses sendawa manusia.

“Mengandungi kandungan yang berkualiti tinggi, ia berkesan dan selamat untuk diamalkan kerana telah mendapat kelulusan dan pengelasan makanan daripada Kementerian Kesihatan.

“Saya terpanggil untuk menghasilkan Jus Kunyit Malika ini kerana manfaat yang terkandung di dalamnya. Memandangkan sebahagian daripada bahan-bahan tersebut merupakan makanan sunah, kita digalakkan untuk mengambilnya bagi menjaga kesihatan diri,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Jelasnya, kunyit yang merupakan salah satu bahan utama dalam penghasilan jus tersebut sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah ketidakselesaan perut selain membantu proses pembuangan angin yang tidak nyaman dan membantu mengawal tahap kolesterol.

Bukan itu sahaja, habbatus sauda juga merupakan makanan yang tidak dapat disangkal lagi khasiat dan kebaikannya untuk membantu menyokong sistem tubuh badan yang sihat.


JUS Kunyit Malika dijual pada harga RM28 sebotol.


Tambah Adybah Zafirah, pengguna tidak perlu bimbang dan was-was untuk menggunakan produk keluaran Malika Legacy kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

“Kebaikan lain menerusi pengambilan jus ini ialah dapat membantu memberi tenaga tambahan kepada pengguna akibat daripada keletihan, lesu berpanjangan selain berperanan menstabilkan semula hormon manusia terutama wanita.

“Paling menarik, ia juga sesuai diambil oleh wanita yang baru sahaja bersalin dan boleh diamalkan kanak-kanak seawal umur enam tahun dan ke atas.

“Jus Kunyit Malika mempunyai kira-kira seratus orang ejen dan pengedar di seluruh negara. Saya berhasrat untuk terus memberi peluang kepada lebih ramai individu lain yang berminat untuk bersama kami sebagai ejen dan pengedar yang sah untuk menambah pendapatan tambahan,” ujarnya yang menyatakan jualan jus tersebut telah melebihi 300,000 botol sehingga Julai tahun lalu.

Terangnya lagi, jus tersebut dijual pada harga RM28 setiap botol (500 mililiter) bagi Semenanjung Malaysia dan RM38 bagi Sabah dan Sarawak serta perlu diambil dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam untuk keberkesanan berpanjangan.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 16