AURA JUITA

Inovasi kecantikan semula jadi dengan V’na de Beaute by Ayra

Inovasi kecantikan semula jadi dengan V’na de Beaute by Ayra


SITI FARHAHDILLA (kiri) dan Nor Alvina bersama dengan set kecantikan V’na de Beaute by Ayra.


Gaya hidup yang sibuk diamalkan oleh kebanyakan wanita bekerjaya pada hari ini menyebabkan segelintir daripada mereka sering mengabaikan aspek kesihatan kulit wajah.

Kesukaran mendapatkan produk penjagaan kulit wajah yang mesra pengguna pada harga kompetitif juga menjadi punca mengapa mereka berhadapan dengan masalah seperti jerawat dan jeragat.

Bagaimanapun, syarikat Ayra Nature yang peka dengan masalah tersebut menawarkan solusi kepada masalah berkenaan apabila mereka menghasilkan set kecantikan V’na de Beaute by Ayra.

Pengasasnya, Siti Farhahdilla Albakri berkata, set kecantikan yang dijual pada harga RM260 itu mengandungi tujuh produk penjagaan wajah yang mengandungi khasiat berguna untuk wanita.

Katanya, ia mengandungi rangkaian produk empat dalam satu iaitu Clear Luxurious Love, Toner Stardust Love, Essence Tinkerbell’s Drop dan Sheer Love DD Cream 30spf UVA/UVB.

Turut terkandung dalam set kecantikan itu, ujarnya, ialah tiga botol Face Mist iaitu Face Mist Cleanse Me Softly, Face Mist Fresh Your Day dan Face Mist Ageless Love.

“Produk berkenaan dirumus menggunakan bahan-bahan berasaskan air dan tumbuhan alam semulajadi yang berkualiti tinggi dipercayai mengandungi pelbagai khasiat kepada pengguna, antaranya aloe vera, teh hijau, rosemary, debu emas, bunga chamomile, sarang burung dan ekstrak kaviar hitam.

“Pengguna tidak perlu bimbang untuk mengenakan set kecantikan tersebut kerana ia bebas bahan berbahaya seperti paraben, bahan tiruan, merkuri dan sodium lauryl sulfate (SLS),” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Siti Farhahdilla, set kecantikan V’na de Beaute by Ayra juga didatangkan dengan tiga botol Face Mist yang merupakan produk tambahan penjagaan kulit yang diformulasikan daripada air berkualiti tinggi, yang mana keunikannya terletak pada keseimbangan pH dan kehalusan struktur molekul.

Katanya, sifatnya itu membuatkan ia mudah menyerap ke dalam liang kulit, sekali gus memastikan wajah pengguna mendapat khasiat sepenuhnya daripada set penjagaan kulit asas V’na de Beaute by Ayra.


Set kecantikan ini dijual pada harga RM260.


Sementara itu, Pengasas Bersama Ayra Nature, Nor Alvina Abdullah berkata, set kecantikan V’na de Beaute by Ayra sesuai digunakan oleh dua golongan pengguna iaitu mereka yang berusia antara 25 hingga 40 tahun dan 40 tahun ke atas.

Jelasnya, golongan 25 hingga 40 tahun merupakan mereka yang peka dengan perkembangan trend solekan, justeru sering mengenakan solekan pada wajah.

“Kekerapan mengenakan solekan pada wajah boleh menyumbang kepada masalah seperti jerawat, jeragat dan kulit kusam. Bukan sahaja ia berfungsi sebagai asas solekan, malah produk kami juga memberi solusi bagi setiap masalah yang mereka alami sehingga mencapai tahap kepuasan pelanggan,” katanya.

Tambahnya, bagi golongan berusia 40 tahun ke atas pula, mereka merupakan kelompok pengguna yang mementingkan aspek penjagaan kesihatan kulit wajah.

“Rangkaian produk V’na de Beaute by Ayra yang mudah untuk digayakan oleh si pemakai malah mudah untuk dibawa ke mana-mana menjadikan ia bersifat mesra pengguna dan versatil,” katanya.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 16