AURA JUITA

Jus Nusantara, minuman pelengkap kesihatan

Jus Nusantara, minuman pelengkap kesihatan


Maziah bersama produk Jus Nusantara yang mendapat permintaan tinggi pengguna.


MEMILIKI tahap kesihatan yang optimum sudah tentu menjadi keinginan setiap insan tidak mengira yang muda mahupun sudah berumur.

Berikutan itu, sejak azali lagi pelbagai rutin makanan mahupun aktiviti telah dibentuk komuniti dalam usaha untuk memaksimumkan tahap kesihatan seseorang.

Walau bagaimanapun, sebagaimana diketahui umum, tahap kesihatan seseorang akan merosot dari hari ke hari jika ia tidak dijaga tanpa sebarang rutin yang betul dan teratur.

Oleh itu, pengambilan sumber pemakanan yang sihat seperti suplemen tambahan adalah perlu terutamanya untuk mengekalkan tahap kesihatan masing-masing bagi menjalani kehidupan yang penuh bermakna.

Menyedari perkara tersebut, syarikat produk kesihatan bumiputera terkemuka, Almas Beauty and Health (Almas) menawarkan Jus Nusantara yang sememangnya cukup terkenal dengan keistimewaan kandungan khasiatnya.

Sesuai untuk pengambilan harian, Jus Nusantara dapat membekalkan pelbagai kebaikan yang diperlukan hasil daripada formulasi terkini daripada ramuan-ramuan berkhasiat.

Pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed berkata, jus keluaran syarikatnya itu mempunyai banyak khasiat dan sesuai untuk diambil warga kota masa kini yang kurang mendapat sumber-sumber makanan sihat.

“Jus Nusantara memang terkenal untuk orang ramai yang inginkan kesihatan mereka berada pada tahap optimum khususnya bagi menjalani hari-hari sibuk ketika bekerja.

“Diformulasikan daripada bahan-bahan berkhasiat seperti buah delima, madu, kurma, habbatus sauda dan temulawak, Jus Nusantara dapat membantu orang ramai untuk mengekalkan tahap kesihatan yang diingini,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Maziah berkata, jus itu juga sesuai untuk diambil bagi mereka yang mempunyai masalah kelesuan, sesuai bagi orang ramai yang kerap berasa letih walaupun tidak menggunakan kuantiti tenaga yang banyak dalam menjalani aktiviti harian.


Jus Nusantara sesuai diamalkan lekaki mahupun wanita.


“Pengguna juga boleh mengambil Jus Nusantara ini dalam memberikan kelegaan bagi masalah kulit ataupun bibir kering selain mendapatkan berat badan yang ideal.

“Orang ramai tidak perlu gusar untuk menjalani ibadat puasa sepanjang Ramadan kerana produk yang amat popular di pasaran tersebut boleh membantu meningkatkan tahap tenaga mereka,” ujarnya.

Tambahnya, jus keluaran syarikatnya itu mempunyai banyak khasiat dan sesuai untuk diambil warga kota masa kini yang kurang mendapat sumber makanan sihat terutama bagi mereka yang bekerja serta memerlukan tenaga tambahan.

Terang Maziah, pengguna boleh mendapatkan Jus Nusantara pada harga RM148 di Semenanjung Malaysia dan RM158 di Sabah dan Sarawak selain boleh didapati dalam Pek Kembara.

Katanya, Pek Kembara Jus Nusantara dijual pada harga RM118 di Semenanjung Malaysia dan RM128 bagi Sabah dan Sarawak.

Pengguna juga tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk keluaran Almas kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 019-212 2005, 019-278 2005 dan 03-6021 4007 atau melayari laman web www.almas.com.my.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47