STAILO

Tudung People galak gaya hidup berhijab

Tudung People galak gaya hidup berhijab


Warna cerah dan terang taruhan Tudung People.


Trend berhijab kini semakin diterima dalam kalangan wanita lebih-lebih lagi dengan kemunculan pelbagai jenama fesyen yang memfokuskan kepada penutupan aurat dengan sempurna.

Pun begitu, menggalakkan gaya hidup berhijab tidak semudah yang disangka.

Untuk membuatkan golongan wanita kekal melitupi aurat mereka dengan sempurna, faktor utama yang perlu diberi penekanan adalah keselesaan.

Bertitik tolak dari itu, jenama fesyen Tudung People komited mengeluarkan aneka tudung dan selendang yang selesa dipakai walau berada dalam cuaca panas seperti di negara ini.

Menelusuri sejarah, Tudung People diasaskan oleh Fazrena Aziz dan abangnya, Dr. Fazly Azry pada tahun 2011.

Fazrena berkata, idea untuk menubuhkan jenama tersebut muncul sewaktu dia sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Ketika itu, saya merasakan selendang yang dijual di pasaran terlalu kecil untuk dipakai kerana kebanyakannya pendek manakala selendang yang luas pada masa itu hanyalah pashmina.

“Pashmina terlalu tebal dan tidak praktikal untuk dipakai dalam cuaca panas di Malaysia terutama bagi pelajar-pelajar yang berjalan di sekitar kampus untuk pergi ke kelas.

“Oleh itu, saya mula membuat selendang dengan bidang lebih luas dan menjual secara kecil-kecilan di Facebook,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Beroperasi hanya di rumah, Fazrena mengisi pesanan secara manual dan menghantar barangan kepada pengguna secara sendirian.

Dengan mengumpulkan beberapa orang rakannya sebagai model tudung, Fazrena juga menerima bantuan daripada rakan-rakan lain yang mengusahakan fotografi.

Sejak itu, Tudung People mengeluarkan pelbagai jenis tudung dan selendang untuk menyemarakkan gaya hidup berhijab.

Ujar Fazrena, dia mahu membuktikan bahawa golongan wanita masih boleh berpakaian moden dan pada masa sama masih kelihatan sopan.

Tudung People merupakan jenama tudung pertama yang mengeluarkan dua saiz selendang iaitu sederhana dan bersaiz lebar untuk mereka yang menggemari litupan menyeluruh.

“Dengan saiz yang sederhana, kami mula membuat selendang lebih luas (saiz L dan XL) untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Selain itu, tudung kami boleh dipakai pada apa-apa majlis sama ada dengan gaya kasual, formal, glamor mahupun sporty.

“Kami mencuba yang terbaik untuk memenuhi kepelbagaian cita rasa pelanggan,” ujarnya lagi.

Keindahan bunga


Golongan wanita mampu tampil anggun walaupun berhijab dengan melitupi aurat secara keseluruhan.


Baru-baru ini, Tudung People melancarkan koleksi tudung edisi terhad Bohemian Printed Hijab, Simpor Printed Hijab, Zayra Swarovski dan Nadra Swarovski sempena Tudung People Our Journey 2017 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

Diilhamkan daripada keindahan bunga-bunga liar, koleksi Tudung People penuh dengan mainan warna cerah dan segar.

Antara motif bunga yang disunting dalam koleksi Tudung People ialah bunga teluki.

Jelas Fazrena, cetakan khas pada helaian tudung pula mampu menonjolkan aura eksklusif kepada pemakai.

Selain daripada itu, tudung segera yang menjadi fenomena pada masa kini juga dihasilkan untuk mereka yang mahu kelihatan cantik dan sopan bertudung dengan serta-merta.

Ia diperbuat daripada elemen seakan-akan kapas sekali gus membuatkan si pemakai berasa sentiasa segar dengan materialnya yang lembut.

Mereka cipta semula elemen klasik, Tudung People mendefinisikan kecantikan untuk semua golongan wanita sama ada berkerjaya, pelajar, berkahwin atau ibu.

Daripada cetakan khas bermotifkan flora sehingga perhiasan seperti batu kristal Swarovski, Tudung People juga tidak sesekali melupakan gaya hijab yang asas.

Tudung People telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan mempunyai 12 pengedar global iaitu dari negara terdekat seperti Brunei dan Singapura sehinggalah ke Jepun, Arab Saudi, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31