DIVA INTERAKTIF

Mia Ahmad bengang difitnah

Mia Ahmad bengang difitnah

MIA AHMAD


ADUHAI, kesian pula Diva dengan pelakon Mia Ahmad lepas dapat tahu ada pihak yang cuba menyebarkan perkara yang tidak betul mengenai dirinya. Ada pihak yang mendakwa kononnya Mia ini sanggup pergi buat spot­check ke tempat suaminya.

Bahkan, lebih buruk, dakwaan tersebut yang kemudian ditulis oleh sebuah blog menyebabkan ramai yang tertanya mengenai kesahihan berita tersebut. Aduhai, ada-ada sahaja mereka ini.

Agaknya, itu yang Diva perasan di Instagram, Mia ada muat naik status yang memberi amaran bahawa perkara yang bukan keluar daripada mulutnya itu adalah fitnah. Bahkan, dia turut berpesan agar berhati-hati dengan tangan sebelum nak menulis sesuatu.

Kesian Mia, tak pasal-pasal dia dituduh suka memeriksa suaminya si pemain bola pasukan Johor Darul Ta’zim, Izham Tarmizi. Katanya, itu semua mengarut! Jangan mengata yang bukan-bukan.

Diva: Datuk Eizlan Yusof kata ibu tunggal pun dia terima untuk jadi calon isteri.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31