SUKAN

Penerjun cemerlang di Budapest

Penerjun cemerlang di Budapest


PANDELELA (kiri) dan Jun Hoong menunjukkan pingat gangsa yang diraih dalam acara 10m platform seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest semalam.


PASANGAN penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) platform seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest semalam.

Gandingan negara itu yang merupakan pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, menamatkan sai­ngan di tempat ketiga selepas mengumpul 328.74 mata pada hari ketiga kejohanan.

Pasangan pilihan dari China, Ren Qian dan Si Yajie meraih emas dengan 352.56 mata, manakala pingat perak menjadi milik pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae dan Kim Kuk Hyang yang mengumpul 336.48 mata.

Pandelela dan Jun Hoong mempamerkan terjunan konsisten pada dua terjunan awal apabila mengumpul 106.80 mata untuk berada di ranking pertama sebelum gandingan China dan Korea bangkit untuk memintas pada terjunan ketiga.

Pada dua terjunan terakhir, pasa­ngan negara mengutip 76.84 dan 76.80 mata untuk menghadiahkan pingat pertama buat kem Malaysia pada kejohanan dunia itu.

“Kami sangat gembira kerana pingat gangsa ini adalah hasil daripada pe­ngorbanan dan usaha gigih kami selama ini. Kami sangat bangga kerana dapat me­lakukan yang terbaik pada pusingan final.

“Kami berpuas hati dengan pencapai­an ini. Selama ini, kami rasa bertuah kerana menjadi antara atlet terbaik dalam negara dan kami tidak akan berputus asa, malah akan terus memperbaiki prestasi kami,” kata pasangan negara itu seperti dipetik dalam laman rasmi kejohanan dunia itu.

Hari ini, kedua-dua penerjun itu akan bersaing dalam acara 10m platform individu, manakala penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri akan berganding dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama.

Pada Khamis ini, Nur Dhabitah dan Wendy Ng akan bersaing dalam acara individu 3m papan anjal.

– Bernama

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 47