NEGARA

Hajat mati bersama tertunai

Hajat mati bersama tertunai


Anggota bomba memeriksa salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Jamaludin dan Maimunah maut di Kota Tinggi kelmarin.


KOTA TINGGI – Gurauan seorang wanita untuk mati bersama suaminya menjadi kenyataan apabila pasangan tersebut meninggal dunia secara serentak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan kelmarin.

Kejadian di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran Felda Air Tawar 2 di sini pada pukul 9.45 malam itu mengakibatkan Jamaludin Chemin, 56, dan Maimunah Abd. Wahab, 52, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini.

Sebelum kejadian, pasangan tersebut yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama tiga anak mereka berusia antara 19 hingga 27 tahun dalam perjalanan dari Felda Penggeli Timur untuk pergi beraya di Felda Air Tawar 2. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 65 kilometer.

Tiga anak mereka cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, selain lima sekeluarga itu, kemalangan itu juga mengakibatkan tujuh lagi mangsa cedera dan kesemuanya dirawat di HKT.

Katanya, kemalangan itu juga melibatkan kenderaan jenis Toyo­ta Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi dan Proton Exora.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47