NEGARA

Padah sokong pengganas Daesh

Padah sokong pengganas Daesh


Hizmi


KUALA LUMPUR – Seorang pedagang mata wang asing dalam talian (forex) dipenjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah memberi soko­ngan kepada kumpulan pengganas Daesh tahun lalu.

Hizmi Razli Abdul Rahim, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab. Karim Ab. Rahman

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 21 September 2016.

Dalam penghakimannya, Ab. Karim berkata, tindakan tertuduh menyokong Daesh dengan melakukan sumpah setia adalah suatu perkara yang tidak boleh dimain-main.

“Awak matang, berniaga atas talian, ada tiga orang anak, mahkamah percaya awak tahu apa itu bai’ah. Ia bukan perkara main-main....keganasan bermula dengan soko­ngan dan mahkamah harus memandang serius dalam perkara ini,” katanya.

Tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan cara melakukan sumpah setia (berbai’ah), melalui aplikasi Telegram kumpulan perbualan gagak hitam dengan menggunakan nama ‘Abu Al-Farish’.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kampung Pulau Kapas, Kota Bharu, Kelantan pukul 12.37 pagi pada 30 Mac 2016.

Berikutan itu dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau denda jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31