NEGARA

Bawa mayat bayi ke balai polis

Bawa mayat bayi ke balai polis


Beginilah keadaan mayat bayi lelaki yang dibuang oleh pasangan kekasih di Bukit Sagu, Kuantan semalam.


KUANTAN – Tembelang seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini yang menyembunyikan kelahiran bayi luar nikahnya terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelakinya ketika cuba memperdaya anggota polis dalam kejadian di Klinik Desa Bukit Sagu di sini semalam.

Wanita berusia dalam lingkungan 20-an tersebut ditahan pada pukul 4 petang ketika datang ke Pondok Polis Bukit Goh de­ngan membawa mayat bayi ber­kenaan yang diletakkan di dalam plastik berwarna biru dan dibalut de­ngan surat khabar selain masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, wanita itu pada awalnya mendakwa menemui mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu di dalam longkang dan telah membawanya ke pondok polis atas nasihat orang ramai.

“Bagaimanapun setelah diasak dengan beberapa soalan beberapa kali, wanita berkenaan akhirnya mengaku bayi itu miliknya dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu di rumah teman lelakinya di sebuah kuarters kerajaan berhampiran kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31