NEGARA

Rabies ragut nyawa keempat

Rabies ragut nyawa keempat




KUCHING – Sarawak mencatatkan kes kematian keempat akibat virus rabies atau penyakit anjing gila dengan mangsa terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.

Kanak-kanak malang itu, Florancesia Edward, 5, dari Kampung Ampungan, Serian disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), HUS pada pukul 2.05 petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kes terbaharu itu menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan virus rabies di Sarawak bertambah kepada empat orang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat rabies. Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Kampung Ampu­ngan untuk urusan pengebumian,” kata JPBNS dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31