DUNIA

Legenda tenis Boris Becker didakwa muflis

Legenda tenis Boris Becker didakwa muflis


BECKER.


LONDON – Legenda tenis Wimbledon, Boris Becker muflis selepas kehilangan sebahagian be­sar kekayaannya yang dianggarkan berjumlah £100 juta (RM560 juta) menerusi pelaburan meragukan dalam syarikat minyak Nigeria, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Majalah berita Jerman, Der Spiegel memetik dokumen daripada platform pendedahan bola sepak, Football Leaks sebagai menyatakan bahawa Becker memeterai perjanjian perniagaan yang menyumbang kepada kemuflisannya pada tahun 2013.

Menurut Der Spiegel, perjanjian mega itu diusahakan oleh sebuah firma Kanada dan seorang warga Nigeria yang menjadi pekerja Becker.

Dokumen itu menunjukkan bahawa Be­cker merupakan peme­gang saham dalam sebuah firma minyak dan petrol di Nigeria pada Julai 2013.

Becker, 49, pernah memiliki kekayaan berjumlah £100 juta tetapi diisytiharkan muflis kerana gagal membayar sejumlah hutang yang tidak didedahkan kepada bank swasta berpangkalan di London, Arbut­hnot Latham & Co sejak tahun 2015.

Peguamnya, John Briggs berkata kepada sebuah mah­kamah di Britain bahawa Becker bukannya seorang individu yang mempunyai pengetahuan luas terutamanya membabitkan soal kewangan.

Baki aset milik legenda tenis itu akan digunakan untuk membayar pemiutangnya.

Becker sebelum ini turut ber­depan bayaran penyelesaian penceraian dengan isteri pertamanya, Barbara pada tahun 2001 berjumlah lebih £20 juta (RM112 juta).

Pada tahun seterusnya, beliau dijatuhi hukuman penjara tertangguh selama dua tahun kerana mengelak cukai.

Becker kemudian diperin­tahkan untuk membayar cukai tertunggak berjumlah £2.5 juta (RM14 juta).

– Agensi

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31