TERKINI

Paip pecah, 1,200 penduduk Kuantan terpotong bekalan air

Paip pecah, 1,200 penduduk Kuantan terpotong bekalan air

17/07/2017 4:37pm


Hakisan tanah hingga membentuk sebuah lubang dengan kedalaman 4 meter dengan lebar seluas 6 meter.


KUANTAN - Sebanyak 1,200 premis dan kediaman di seluruh kawasan Bukit Kuantan, Bukit Goh, Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh, Tanjung Pasir dan kawasan sekitarnya kini sedang menghadapi gangguan bekalan air ekoran paip pecah di susur keluar persimpangan Cengkih, Jalan Pintasan Kuantan di sini hari ini.

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku kira-kira pukul 4 pagi tadi dan mula menyebabkan hakisan tanah hingga membentuk sebuah lubang dengan kedalaman 4 meter dengan lebar seluas 6 meter.

Menurut Penolong Pengurus Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) daerah Kuantan, Mohd. Azarul Mohd. Azmi berkata, pada masa ini pihaknya sedang menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi menggantikan paip lama bersaiz 375 milimeter yang pecah.

"Kerja-kerja baik pulih sudah dimulakan sejak pukul 8 pagi tadi dan sepanjang proses akan menjejaskan bekalan air kepada beberapa kawasan saluran dan dijangka akan siap sebelum 12 tengah malam ini.

"Punca kejadian difahamkan akibat tekanan air dan paip berkenaan sudah lama. Setakat ini hanya dua kemalangan berlaku dikawasan ini melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan motosikal jenis Modenas.

"Bagaimanapun tiada kedua-dua pemilik kenderaan berkenaan dilaporkan selamat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - K! ONLINE

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31