TERKINI

Polis buru dua lelaki warga asing terlibat samun

Polis buru dua lelaki warga asing terlibat samun

17/07/2017 4:00pm


Dua lelaki warga asing diburu polis.


TAWAU - Dua lelaki warga asing diburu polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun berkawan dengan senjata di lokasi berasingan di sekitar daerah ini sejak bulan April lalu.

Operasi mencari dan menangkap kedua-dua suspek yang berusia 20 dan 27 tahun itu giat dijalankan selepas pasukan polis menahan seorang suspek tempatan, 25, di sebuah rumah, Jalan Kuhara dekat sini pada pukul 11.30 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, berpandukan maklumat dan risikan pasukannya berjaya menangkap salah seorang lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kes samun berkawan dengan senjata yang dilakukan pada bulan April dan Mei lalu.

“Hasil siasatan mendapati suspek dan dua rakannya melakukan samun menggunakan pisau sehingga menyebabkan jumlah kerugian sebanyak RM1,300,” katanya di sini hari ini.

Selain menyamun, salah seorang suspek yang berada dalam keadaan mabuk pernah bertindak merosakkan harta orang awam dengan melontarkan batu ke cermin hadapan kereta seorang lelaki berusia 51 tahun di Tingkat Plaza, Batu 2 , Jalan Apas di sini pada bulan Mei lalu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, Mai dan Bos Ayub diminta membuat laporan di balai polis berhampiran. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31