TERKINI

Mayat bayi lelaki ditemui dalam longkang

Mayat bayi lelaki ditemui dalam longkang

17/07/2017 3:08pm


Mayat bayi lelaki yang ditemui petang semalam di dalam longkang.


KUANTAN - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam longkang berhampiran Klinik Kesihatan Bukit Sagu di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, difahamkan bayi lelaki yang dipercayai baharu lahir ditemui dalam keadaan dibalut menggunakan surat khabar oleh dua wanita melayu.

Kedua-dua wanita berusia dalam linkungan 20-an itu merupakan pelajar sebuah kolej di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dan dua orang suspek yang dipercayai ibu bapa kepada bayi lelaki berkenaan telah ditahan.

"Hasil siasatan, salah seorang remaja berusia lingkungan 20-an mengakui bahawa beliau merupakan ibu kandung kepada bayi berkenaan. Suspek mengakui anak itu merupakan hasil hubungan bersama teman lelakinya berusia 27 tahun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujarnya, Kedua-dua suspek ditahan dan kes disiasat mengikut seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - K! ONLINE

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31