TERKINI

Kepten Maritim Rahim dilantik Pengarah Maritim Terengganu

Kepten Maritim Rahim dilantik Pengarah Maritim Terengganu

17/07/2017 3:39pm


Kepten Maritim Rahim Ramli dilantik sebagai Pengarah Maritim Terengganu baharu berkuat kuasa hari ini.


KUALA TERENGGANU - Bekas Timbalan Pengarah Maritim Sabah, Kepten Maritim Rahim Ramli dilantik sebagai Pengarah Maritim Terengganu baharu berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Datuk Mamu Said Alee berkata, Rahim, 58, menggantikan Kepten Maritim Zainolabidin Jusoh yang bersara wajib.

"Kepten Maritim Rahim yang menyertai Maritim Malaysia (APMM) sejak tahun 2008 berpengalaman luas dan pernah diamanahkan memegang jawatan sebagai Pegawai Operasi Maritim Kuantan, Pengarah Maritim Bintulu dan Timbalan Pengarah Maritim Sabah sebelum ini.

"Saya berharap pengalaman beliau itu dapat digunakan untuk mencapai misi dan visi APMM dalam mengawal selia dan menguat kuasa undang-undang di perairan Terengganu selain meneruskan kecemerlangan Kepten Zainolabidin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah tugas Pengarah Maritim Terengganu antara Zainolabidin dan Ramli di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mamu memberitahu, beliau menghargai sumbangan yang telah diberikan Zainolabidin sejak sembilan tahun menyertai APMM.

Menurut beliau, sebelum menerima tawaran berkhidmat dengan APMM, Zainolabidin merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia selama hampir 32 tahun. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31