TERKINI

Peniaga mengaku tidak bersalah hantar komunikasi palsu membabitkan parti politik

Peniaga mengaku tidak bersalah hantar komunikasi palsu membabitkan parti politik

17/07/2017 4:59pm


Gambar hiasan.


KLANG - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan laman sosial Facebook untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu iaitu gambar serta 'posting' membabitkan sebuah parti politik dengan niat menyakitkan hati, tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Nazri Sulaiman, 51, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

 

Mohd. Nazri selaku OKS didakwa menggunakan laman Facebook miliknya secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya iaitu gambar serta posting membabitkan sebuah parti politik dengan niat menyakitkan hati orang lain pada pukul 6.42 petang 10 September 2016.

Gambar dan 'posting' itu telah dibaca di sebuah restoran di Kampung Sijangkang, Klang, pada pukul 8 malam 13 September 2016.

Mohd. Nazri didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria manakala OKS diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil.

Surita kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Ogos depan. - K! ONLINE

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 3234