TERKINI

Suami isteri maut dalam kemalangan lima kereta di Kota Tinggi

Suami isteri maut dalam kemalangan lima kereta di Kota Tinggi

17/07/2017 2:01pm

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri maut manakala 10 lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kereta di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Jamaludin Chemin, 56, dan Maimunah Abd. Wahab, 52, berasal dari Felda Penggeli Timur, Kulai, yang difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kemalangan berlaku kira-kira 9.45 malam itu melibatkan kereta jenis Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi serta Proton Exora.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Caldina dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan lain," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata, kereta-kereta lain pula tidak sempat mengelak dan merempuh lalu menyebabkan kemalangan.

Katanya, kesemua mangsa dirawat di HKT.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya memandu mengikut had laju ditetapkan khususnya di kawasan jalan yang kurang lampu jalan. - Bernama

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31