TERKINI

Mohd. Kamarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu

Mohd. Kamarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu

17/07/2017 12:18pm


Mohd. Zakaria (kiri) menyerahkan watikah serah terima tugas kepada Mohd. Kamarudin (kanan) sambil diperhatikan Wan Ahmad Najmuddin.


JOHOR BAHRU - Bekas Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu.

Beliau yang dinaikan pangkat sebagai Deputi Komisioner Polis (DCP) mengambil alih tugas itu daripada Datuk Mohd. Zakaria Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas telah disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, sebentar tadi.

Mohd. Zakaria telah memegang jawatannya sebelum ini sejak 3 Mei 2016 hingga hari ini dan akan memulakan tugas baharunya di Bukit Aman pada 1 Ogos depan. - K! ONLINE

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47