TERKINI

PM lancar MRT fasa kedua laluan Sungai Buloh-Kajang

PM lancar MRT fasa kedua laluan Sungai Buloh-Kajang

17/07/2017 12:00pm


Najib ketika berucap pada Majlis Perasmian Tren Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa kedua.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan tren Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa kedua di stesen Tun Razak Exchange Centre sebentar tadi.

Fasa kedua laluan Semantan-Kajang, sepanjang 30 kilometer (km) melengkapkan jajaran MRT SBK sepanjang 51 km.

Laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 20 km telah mula beroperasi pada Disember tahun lalu untuk memberi kemudahan pengangkutan awam terbaharu kepada rakyat negara ini.

Pada keseluruhan, laluan SBK mempunyai 31 stesen dengan 19 stesen baharu bagi fasa kedua laluan Semantan-Kajang termasuk tujuh stesen bawah tanah.

Stesen laluan Semantan-Kajang terletak di Muzium Negara, Pasar Seni, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Maluri, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11 Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih, Merdeka, Stadium Kajang dan stesen Kajang.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan terbaharu ini pada pukul 4 petang ini secara percuma sehingga tengah malam.

Bermula esok pengguna juga memperoleh diskaun sebanyak 50 peratus untuk perkhidmatan MRT, Monorel, LRT dan BRT sehingga 31 Ogos depan - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31