TERKINI

Lelaki ditemui rentung di dapur

Lelaki ditemui rentung di dapur

17/07/2017 10:20am


Mayat mangsa, Mark Damaing ditemui rentung oleh pasukan bomba dan penyelamat di bahagian dapur rumahnya.


PAPAR - Seorang lelaki maut dalam kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Kampung Pedawan di sini hari ini.

Mayat mangsa, Mark Damaing, 36, berbangsa Kadazan ditemui rentung oleh pasukan bomba dan penyelamat di bahagian dapur rumahnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.31 pagi seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar dekat sini segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian kebakaran ini melibatkan sebuah rumah jenis kekal dan hampir 80 peratus ia hangus dijilat api.

"Difahamkan, semasa kejadian mangsa yang dipercayai tinggal sendirian gagal keluar menyelamatkan diri sebelum dia ditemui rentung di bahagian dapur," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux turut terbakar dalam insiden berkenaan.

Api berjaya dikawal pada pukul 5.22 pagi manakala punca dan jumlah kerugian kejadian masih dalam siasatan. - K! ONLINE

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 32