SUKAN

Kisona muncul juara IS Terbuka Malaysia 2017

Kisona muncul juara IS Terbuka Malaysia 2017


KISONA melakar kejutan apabila muncul juara IS Terbuka Malaysia 2017 semalam.


PEMAIN badminton perseorangan wanita kebangsaan, S. Kisona merangkul gelaran kedua dalam karier selepas menjuarai Siri Antarabangsa (IS) Terbuka Malaysia semalam.

Menentang rakan senegara, Lee Ying Ying pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Kisona terpaksa berhempas pulas sebelum menang 16-21, 21-15, 21-17.

Kisona ternyata gembira dengan kemenangan tersebut, namun me­ngakui sedikit gementar sebelum perlawanan bermula.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini (semalam) kerana saya tidak bermain dengan baik pada aksi terdahulu.

“Kemenangan ini juga membantu saya untuk mengatasi perasaan gementar. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya,” kata Kisona kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.

Menerusi dua kejuaraan yang dimenangi pada tahun ini, Kisona berharap dia mampu mencuri tumpuan jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

“Saya harap jurulatih (Seu Bock) boleh ubah gaya permainan saya kerana saya fikir sering melakukan kesilapan-kesilapan mudah. Kami akan bincang berhubung perkara ini.

“ Saya juga sasarkan untuk berada dalam kelompok 50 terbaik dunia sebelum 2017 berakhir. Bagaimanapun, saya akan fokus satu demi satu kejohanan,” tambahnya.

Pada masa sama, pemain kelahiran Negeri Sembilan itu percaya dia perlu memperbaiki pergerakan ketika berada di dalam gelanggang sekiranya mahu menjadi pemain lebih baik.

“Saya fikir kaki saya masih lemah selepas mengalami kecederaan. Jurulatih ada nasihatkan agar untuk baiki pergerakan dalam gelanggang,” ujar Kisona.

Untuk rekod, IS Terbuka Malaysia merupakan kejuaraan kedua Kisona selepas merangkul gelaran IS Terbuka Indonesia, Mei lalu.

Sementara itu, beregu wanita negara, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi serta beregu lelaki profesional kebangsaan, Lee Jian Yi-Lim Zhen Ting turut merangkul gelaran ma­sing-masing.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47