NEGARA

Puteri Sultan Johor bakal bernikah

Puteri Sultan Johor bakal bernikah


Dari kiri - Tunku Idris, Tunku Ismail, Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah, Tunku Tun Aminah, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar (depan sekali).


JOHOR BAHRU – Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim memilih Dennis Muhammad Abdullah, seorang warga Belanda, sebagai bakal suaminya.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pasangan tersebut akan bernikah pada 14 Ogos ini dan perkahwinan diraja pasangan itu akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

Menurut beliau, istiadat meletak kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan diadakan pada 8 Ogos ini bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.

Beliau berkata, majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan pada pukul 6.30 petang, 10 Ogos ini di Masjid Pasir Pelangi di sini bagi memohon restu Allah S.W.T terhadap perkahwinan berkenaan.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan dan merestui perkahwinan anakanda mereka Tunku Tun Aminah, 31, itu dengan Dennis Muhammad, 28,” kata Abdul Rahim yang mengumumkan mengenai istiadat perkahwinan berkenaan kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 15