NEGARA

MRT Fasa 2 Sungai Buloh-Kajang beroperasi hari ini

MRT Fasa 2 Sungai Buloh-Kajang beroperasi hari ini

Di Stesen Stadium Kajang inilah Perdana Menteri dijadual merasmikan MRT laluan fasa kedua Sungai Buloh-Kajang hari ini.


KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Fasa Kedua Sungai Buloh-Kajang (SBK) melibatkan Semantan-Kajang yang mula beroperasi hari ini menandakan bermulanya era emas bandar raya ini.

Perasmian MRT laluan fasa kedua SBK itu dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 11 pagi ini di Stesen Stadium Kajang, Selangor.

Kira-kira 20,000 rakyat dijangka membanjiri pekan Kajang bagi menyaksikan majlis bersejarah itu.

Projek tersebut melengkap­kan jaringan MRT selepas fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan membabitkan 12 buah stesen beroperasi sejak 16 Disember lalu.

Ia juga menandakan era perkembangan sistem pengangkutan awam lebih efisien sekali gus meningkatkan kua­liti hidup rakyat melalui perkhidmatan tren yang canggih dan menjimatkan masa serta kos sara hidup.

Penumpang MRT fasa kedua laluan SBK berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki perkhidmatan tersebut bermula pukul 4 petang ini.

MRT fasa kedua laluan SBK melibatkan perjalanan sejauh 30 kilometer (km) meliputi 19 buah stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah iaitu Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange (TRX), Cochrane dan Maluri. Majo­riti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak mempunyai perkhidmatan rel bandar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47