HIBURAN

Da段 musim kelima tekankan bahasa Arab

Da段 musim kelima tekankan bahasa Arab


BARISAN peserta Da段 musim kelima bergambar bersama barisan juri, tenaga pengajar termasuk Ustaz Kazim (tengah) yang merupakan ketua tenaga pengajar dan pengacara pada majlis sidang media pelancaran program berkenaan di Masjid Negara baru-baru ini.


PROGRAM realiti keagamaan yang mencungkil bakat dalam golongan belia sebagai pendakwah, Da段 Pendakwah Nusantara kembali untuk musim kelima bermula pada tanggal 16 Julai (hari ini). Program ini akan bersiaran pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran TV3.

Menariknya, program tersebut disuntik dengan elemen baharu apabila menekankan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan peserta.

Menurut penerbitnya, Shukri Ibrahim, selain membawa satu pembaharuan, ia juga adalah salah satu langkah untuk menjadikan setiap peserta program itu mampu bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut demi menyebarkan dakwah.

鉄ewaktu sesi uji bakat, pihak kami sudah menjalankan ujian komunikasi antara peserta yang dengan pihak juri. Dari situ, kami dapat menilai kepetahan dan kelancaran mereka bertutur bahasa Arab.

典ujuannya adalah untuk memastikan setiap da段 mampu menjadi pendakwah yang baik tidak hanya di dalam negara, bahkan kami sangat meletakkan harapan tinggi agar mereka berusaha menyebarkan dakwah ke peringkat luar negara juga, katanya yang ditemui pada majlis sidang media program berkenaan di Masjid Negara baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, kejayaan Da段 musim keempat yang mencatat jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta telah membuktikan bahawa program keagamaan semakin mendapat tempat dalam hati penonton terutama golongan muda.

典ahun ini, Da段 musim kelima menggunakan slogan baharu iaitu Refleksi Diri Penggerak Dakwah yang bermaksud imej dan peribadi yang baik akan mencerminkan keimanan serta keindahan Islam sebenar.

釘ertitik tolak daripada kejayaan empat musim terdahulu, pihak kami yakin Da段 musim kelima akan diterima baik, sekali gus menjadi revolusi kepada dunia dakwah dalam kalangan orang muda, katanya.

12 peserta

Da段 musim kelima menyaksikan persaingan antara 12 orang peserta yang terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan yang berjaya melepasi sesi uji bakat yang diadakan di beberapa buah institusi pengajian tinggi di bahagian Semenanjung.

Mereka ialah Da段 Aiman (Selangor), Da段 Hakim (Selangor), Da段 Samsudin (Sabah), Da段 Fahmi (Melaka), Da段 Izzudin (Kelantan), Da段 Muhammad (Kuala Lumpur), Da段 Ilhami (Terengganu), Da段 Afiqah (Kedah), Da段 Syafiqah (Selangor), Da段 Zahirah (Kedah), Da段 Adneen (Terengganu) dan Da段 Humaira (Kedah).

Program tersebut masih mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid yang merangkap ketua tenaga pengajar. Dua lagi tenaga pengajar atau Murabbi ialah Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah selain juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.

Sistem pemarkahan diadili oleh pihak juri tetap sebanyak 70 peratus iaitu menerusi sudut isi dan hafazan (35 peratus), personaliti dan gaya persembahan (35 peratus).

Sementara itu, 20 peratus markah dinilai oleh Murabbi dan baki 10 peratus lagi diundi oleh juri awam pada setiap episod.

Pemenang Da段 musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi serta pakej umrah untuk dua orang tajaan penaja. Pemenang saguhati pula akan memenangi wang tunai berjumlah RM5,000 serta trofi.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 47