GENK

Didik pelajar mengenai kebersihan diri

Didik pelajar mengenai kebersihan diri


KAEDAH memberus gigi yang betul penting bagi membersihkan sisa kotoran dan makanan di dalam mulut.


MENJAGA kebersihan merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakat dalam mewujudkan persekitaran dan kehidupan yang sihat.

Kebersihan bermula dalam diri seseorang iaitu sejak kanak-kanak supaya ia menjadi satu tabiat apabila menginjak dewasa.

Malah, Islam sendiri turut mesyariatkan agar kebersihan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian setiap umatnya bagi memudahkan untuk melakukan ibadat.

Menyedari hakikat itu, sekumpulan sukarelawan dari Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menganjurkan program pendidikan kebersihan diri di Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain, di Sungai Buloh, Selangor.

Jangkitan penyakit


SEBAHAGIAN daripada pelajar Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain yang menyertai program pendidikan kebersihan diri.


Menerusi program itu, pelajar dan penghuni di madrasah diajar mengenai aspek kebersihan diri di samping langkah-langkah asas ketika membasuh tangan dan menggosok gigi.

Penasihat program, Dr. Mohd. Sayuti Ab. Karim berkata, program itu disertai seramai 20 sukarelawan terdiri daripada mahasiswa universiti berkenaan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada masyarakat.

Katanya, amalan kebersihan diri penting bagi membantu serta melindungi individu daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan tahap kesihatan untuk pembelajaran yang lebih baik dan tenang.

“Sebab itu kita tekankan aspek tersebut sepanjang program ini di samping menunjukkan mereka kaedah dan langkah terbaik melakukannya.

“Selain khidmat sukarelawan, kita juga bertuah kerana mendapat sumbangan pihak penaja yang menyediakan bahan-bahan berkaitan seperti sabun, berus gigi, dan ubat gigi bagi menjayakan program ini,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanik, UM memberitahu, program itu turut disertai mahasiswa bukan Islam bagi memberi gambaran jelas bahawa kebersihan diri merupakan aspek universal yang perlu diambil perhatian oleh setiap individu.

“Saya percaya program ini akan meninggalkan kesan di dalam diri pelajar dan penghuni di sini yang diharapkan menjadi rutin mereka untuk menjaga kebersihan diri sepanjang masa.

Kaedah


SERAMAI 20 sukarelawan UM menyertai program pendidikan kebersihan diri di Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain baru-baru ini.


“Lagipun, bagi umat Islam, kebersihan diri sangat penting kerana selain dituntut agama, ia juga memudahkan mereka beribadat dengan khusyuk dan selesa,” ujarnya.

Menariknya, demonstrasi kebersihan diri ini dilakukan setelah pelajar dan penghuni terbabit selesai melaksanakan sesuatu aktiviti.

Sebagai contoh, mereka diajar kaedah yang betul untuk membasuh tangan selepas melakukan aktiviti mewarna menggunakan tangan.

Demonstrasi memberus gigi pula dilakukan sebaik sahaja kesemua mereka selesai menjamu selera dengan jamuan yang disediakan.

Sementara itu, salah seorang sukarelawan Hanis Haziqah Mohd. Zaid, 21, berkata, dia teruja berkongsi pengetahuan dan maklumat kebersihan diri dengan pelajar dan penghuni madrasah berkenaan.

Jelasnya, kesedaran mengenai langkah-langkah asas kebersihan seharusnya bermula daripada kanak-kanak supaya ia menjadi tabiat dalam diri mereka pada masa depan.

“Misalnya, kaedah membasuh tangan yang betul mempunyai lapan langkah dan ia perlu dilakukan mengikut tertib untuk memastikan ia bebas daripada jangkitan kuman.

“Kami berharap pengetahuan dan maklumat yang dikongsikan sepanjang program ini bermanfaat untuk mereka yang menetap di madrasah ini yang terdedah kepada risiko penyakit berjangkit seperti demam dan selesema,” katanya.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32