DUNIA

Wanita tunggal menang hadiah matematik ulung meninggal dunia

Wanita tunggal menang hadiah matematik ulung meninggal dunia


AFP - GAMBAR yang dirakam pada 13 Ogos, 2014 menunjukkan Maryam bercakap pada satu sidang akhbar di Seoul.


WASHINGTON – Wanita tunggal yang memenangi ha­diah matematik tertinggi dunia, Maryam Mirzakhani meninggal dunia akibat kanser pada usia 40 tahun, kata Universiti Stanford kelmarin.

Maryam memenangi hadiah berprestij, Fields Medal yang dianggap setara dengan Hadiah Nobel dalam tahun 2014.

Beliau merupakan satu-sa­tunya wanita yang memenangi hadiah itu sepanjang 80 tahun sejarah penubuhannya.

Maryam yang dilahirkan di Iran merupakan seorang profesor di Universiti Stanford, California sejak tahun 2008.

Beliau menggunakan teori­ matematik seperti teori Teichmller dan teori Ergodic untuk menerangkan permukaan melengkung, kata Universiti Stanford.

Rumusan matematik itu boleh membawa impak di bidang fizik terutamanya dalam menerangkan tentang kewujudan alam semesta.

Beliau merupakan rakyat Iran pertama yang memenangi pertandingan Olimpik Matematik Antarabangsa sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajarannya.

Hadiah Fields Medal dianugerahkan selang empat tahun oleh Kongres Ahli Matematik Antarabangsa kepada ahli matematik berusia bawah 40 tahun. – dpa

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 47