RENCANA UTAMA

Remaja cemburu kurung isteri 71 tahun

Remaja cemburu kurung isteri 71 tahun


SELAMET (kiri) dan Rohaya (kanan) kini sedang berbulan madu di Palembang.


PERKAHWINAN seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dengan wanita tua berusia 71 tahun menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, remaja itu, Selamet Riadi sangat mencemburui lelaki lain sehingga sanggup mengurung isterinya, Rohaya di dalam rumah supaya tidak diganggu mereka.

Menurut portal Detik News, Selamet yang berasal dari Sumatera Selatan, Indonesia akan mengurung Rohaya setiap kali dia keluar rumah.

“Saya bimbang takut-takut ada lelaki lain masuk ke rumah. Apabila saya pulang, saya akan membuka pintu semula. Kalau saya tidak cemburu maksudnya saya tidak sayangkan Bunda (Rohaya). Biarlah begini agar dia tidak diganggu lelaki lain,” katanya.

Pasangan itu diijab kabul pada 2 Julai di Desa Karang Endah, Ogan Komering Ululalu, Sumatera Selatan dan kini sedang berbulan madu di Palembang.

Pernikahan mereka menjadi bualan netizen gara-gara jurang perbezaan umur yang begitu ketara.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 32