DUNIA

Thai perkenal kad pintar untuk sami

Thai perkenal kad pintar untuk sami


GOLONGAN sami Buddha di Thailand akan mempunyai kad pengenalan pintar tidak lama lagi. – Gambar hiasan


BANGKOK – Kerajaan Thailand akan memper­kenalkan kad pengenalan pintar untuk sami Buddha dalam usaha menjaga imej dan nama baik golongan tersebut.

Negara itu mempunyai kira-kira 300,000 sami yang dianggap sebagai penjaga kepada agama kebangsaan.

Bagaimanapun dalam beberapa bulan ini, mereka dibelenggu dengan skandal berprofil tinggi melibatkan seks, dadah dan pembunuhan di tokong-tokong.

Junta yang mengambil alih kuasa pada 2014 mahu menyusun semula agama Buddha de­ngan menyingkirkan sami yang mempunyai masalah termasuk memiliki rekod jenayah.

“Sami-sami di seluruh negara mempunyai kad daripada kertas tetapi maklumatnya telah lapuk dan sukar untuk mengesahkan latar belakang mereka,” kata seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri, Ormsin Chivapruck kepada pemberita pada Khamis lalu.

Kad pintar digital akan mengemas kini data dan rekod sami berkenaan termasuk kesalahan jenayah atau laporan penggunaan dadah.

“Langkah ini juga akan menghalang sami palsu atau individu yang disyaki cuba menyem­bunyikan salah laku mereka di sebalik pakaian oren tersebut,” tambahnya.

Maklumat lanjut mengenai tindakan itu akan dibincangkan minggu hadapan dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Sangha iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama kebangsaan.

Sementara itu, pengkritik berkata, pendekatan seperti itu tidak akan mampu mengekang masalah rasuah dalam kalangan sami serta tidak akan mengubah masalah yang ada.

Kerajaan sebelum ini memaksa lebih 46,000 tokong untuk menyerahkan akaun kewangan mereka selepas timbul wujud penyelewengan terhadap wang sumbangan daripada orang ramai. – AFP

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31