DIVA INTERAKTIF

Ramai mahu Emran, Bella segera kahwin

Ramai mahu Emran, Bella segera kahwin

Emran (kiri) bergambar bersama Bella (dua dari kiri) dan Nora Danish (tiga dari kiri).


Hubungan cinta antara bekas suami Erra Fazira, Engku Emran dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella bukan lagi satu rahsia selepas kedua-duanya menunjukkan kemesraan di media sosial.

Walaupun Emran dan Bella tidak mengesahkan mengenai gosip cinta yang bertebaran, namun kemesraan kedua-duanya menjadi buah mulut peminat aktres popular Indonesia itu.

Apa yang Diva tahu, selepas Bella memuat naik gambar bersama Emran dan beberapa teman rapatnya termasuk Nora Danish di Instagram baru-baru ini dengan kapsyen ‘kesayangan’, akaun media sosial heroin Surga Tak Dirindukan itu dibanjiri komen peminat.

Ramai yang gembira dengan hubungan rapat Bella dengan Emran. Malah, mendoakan agar pasangan itu segera berkahwin.

Bagaimanapun, ada juga segelintir peminat yang tidak menyukai hubungan Bella dengan bekas suami kepada aktres Erra Fazira itu.

Ini kerana, status duda dan umur Emran, 42, yang jauh lebih tua daripada Bella, 29.

Apa-apa pun soal perbezaan umur tidak menjadi halangan pada Diva. Didoakan semoga Emran dan Bella bertemu jodoh. Sama juga dengan hubungan Erra dan Shahir.

Diva: Kasihan Anis Al-Idrus kena kecam sebab muat naik gambar intim dengan suami di Instagram. Netizen sekarang sikit-sikit nak kecam.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 31