RENCANA UTAMA

Kampung flora tradisional Zalipie

Kampung flora tradisional Zalipie


SEORANG wanita mengecat corak bunga pada pagar rumahnya di Zalipie, Poland baru-baru ini.


Bunga sememangnya elemen yang sinonim dengan wanita. Bagi kaum Hawa di perkampungan Zalipie, Poland, mereka gemar melukis corak bunga di luar rumah.

Perkampungan itu dianggap sebagai kampung kecil purba indah yang terletak di Selatan Poland.

Baru-baru ini, lensa AFP berkesempatan merakamkan kemeriahan golongan wanita Zalipie melakukan kerja-kerja melukis dan mengecat corak bunga di luar rumah mereka.

Ia turut dijadikan pertandingan pada setiap kali musim bunga iaitu sekitar bulan Jun.

Corak bunga-bunga tradisional berwarna-warni menghiasi dinding di luar rumah mereka. Menggunakan cat, ia dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.


SEORANG penduduk, Anna Owca bergambar di hadapan rumahnya yang telah dicat dengan corak bunga-bungaan.


Bukan sahaja dinding rumah, ada juga yang menghasilkan lukisan itu di pagar, koridor, pintu bahkan siling. Sesetengahnya turut menghasilkan corak lukisan bunga-bungaan itu di dalam rumah.

Amalan melukis corak bunga di rumah, sekolah, gereja dan bangunan-bangunan lain telah menjadi tradisi para penduduk di situ terutamanya wanita sejak sekurun yang lalu.

Orang ramai yang berkunjung di kampung itu pasti terpesona dengan keunikannya.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 15