DUNIA

AS pertimbang sekatan ke atas bank milik China

AS pertimbang sekatan ke atas bank milik China


HALEY


WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengenakan sekatan baharu ke atas bank-bank kecil milik China dan firma lain yang berurusan dengan Korea Utara dalam masa beberapa minggu lagi, kata dua pegawai kanan AS kelmarin.

Salah seorang pegawai itu berkata, langkah Washington itu pada awalnya akan dilaksanakan terhadap ‘buah renek’ termasuk institusi kewangan kecil dan syarikat bayangan yang mempunyai kaitan dengan program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama entiti terbabit.

“Bank-bank lebih besar milik China tidak akan disentuh buat masa ini, kata pegawai berkenaan.

Masa dan skop sekatan itu pula akan bergantung kepada maklum ba­las China berhubung gesaan AS supaya langkah lebih tegas dilaksanakan ke atas Korea Utara.

Perkara itu akan dibincangkan semasa rundingan ekonomi peringkat tinggi AS dan China di Washington pada Rabu depan, kata sumber pentadbiran lain kepada agensi berita Reuters.

Trump dan barisan penasihat kanannya sebelum ini memberi isyarat bahawa mereka hilang sabar dengan China berhubung isu Korea Utara.

Kesabaran Washington benar-benar diuji terutamanya selepas Pyongyang melancarkan peluru berpandu ba­listik antara benua pertamanya pada minggu lalu.

“Presiden AS telah hilang sabar dengan China,” kata pegawai tersebut sambil menambah, pendekatan lebih agresif untuk menyekat entiti dari China boleh diambil dalam masa terdekat.

Beliau turut memberi amaran bahawa China mungkin dikenakan tekanan ekonomi dan perdagangan melainkan Beijing bertindak ke atas jirannya, Korea Utara.

Berita berhubung sekatan tersebut muncul ketika Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , Nikki Haley cuba untuk mengatasi bantahan China dan Rusia terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Pyongyang. – Reutes

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31