AURA JUITA

Rumusan asli Jus Lega

Rumusan asli Jus Lega


Produk ini telah menembusi pasaran Singapura.


Jus Lega keluaran Lega Health Sdn. Bhd. (Lega Health) yang dirumus menggunakan bahan berkualiti tinggi mempunyai khasiat yang berguna untuk orang ramai yang mengamalkannya.

Pengasas Lega Health, Siti Hawa Abdullah berkata, beliau menghasilkan formulasi Jus Lega menerusi ramuan ekstrak halia, bawang putih, lemon, madu asli dan epal sider yang mengandungi khasiat semula jadi berguna bagi tubuh.

Menurutnya, bukan itu sahaja, penggunaan bahan-bahan seperti madu juga adalah kerana ia merupakan makanan sunah yang diketahui mengandungi khasiat baik untuk membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.

“Saya terpanggil untuk menghasilkan Jus Lega ini manfaat yang terkandung di dalamnya. Memandangkan sesetengah daripada bahan-bahan tersebut merupakan makanan sunah, kita digalakkan untuk mengambilnya bagi menjaga kesihatan diri.

“Semua orang perlu mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga kesihatan masing-masing dan menjadikan aspek tersebut satu keutamaan, malah ia dituntut dalam agama Islam,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Siti Hawa berkata, dengan pengetahuan yang ada mengenai makanan sunah serta penyelidikan yang dibuat, Jus Lega bebas daripada pewarna, pengawet dan bahan-bahan yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh badan.

Sementara itu, menurut beliau, sebagai pengeluar produk berasaskan kesihatan, beliau amat menitikberatkan aspek pengesahan daripada pihak yang berwajib khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar sebarang masalah terutamanya melibatkan para pengguna dapat dielakkan.

Justeru, katanya, beliau berusaha bagi memenuhi tuntutan KKM sehinggalah Jus Lega berjaya mendapat Sijil MeSTI daripada kementerian tersebut pada Mac lalu, sekali gus mengiktiraf produk berkenaan selamat dan bermanfaat untuk digunakan.


SITI HAWA bergambar dengan Jus Lega keluaran syarikatnya yang mengandungi pelbagai khasiat berguna.


Selain itu, Siti Hawa juga bersyukur kerana berkat amalan kebersihan dan patuh syariah yang diterapkan di dalam proses pengeluaran produknya itu, Jus Lega turut mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada Mac tahun lalu.

Berkongsi lebih lanjut cabaran yang dihadapinya, Siti Hawa menyifatkan usaha untuk meyakinkan orang ramai bahawa produk yang dihasilkannya benar-benar berkualiti dan bermanfaat untuk kesihatan adalah sukar dan menuntut kesabaran yang tinggi.

“Memang amat sukar untuk meyakinkan orang ramai lebih-lebih lagi produk yang dihasilkan oleh bumiputera. Jika tidak ada kekuatan dalam diri untuk bersaing dengan produk-produk lain, agak sukar untuk kita menembusi pasaran,” katanya.

Beliau kini boleh menarik nafas lega ekoran produk keluarannya itu turut berjaya menembusi pasaran luar negara apabila mendapat permintaan dari Singapura.

“Jus Lega mempunyai kira-kira seratus orang ejen dan pengedar di seluruh negara. Saya berhasrat untuk terus memberi peluang kepada lebih ramai individu lain yang berminat untuk bersama kami sebagai ejen dan pengedar yang sah,” katanya.

Beliau yang dilahirkan di Ujong Pasir, Melaka dan dibesarkan di Singapura kini menumpukan perhatiannya untuk meningkatkan tahap pengeluaran produknya mulai tahun 2018 sebagai persediaan syarikatnya menembusi pasaran beberapa buah negara Asia yang lain.

“Sebagai menghargai kepercayaan pengguna terhadap produk Jus Lega, kami mempunyai cara tersendiri bagi meraikan mereka iaitu dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah pengguna secara bulanan berupa sebuah telefon pintar iPhone 7 untuk tempoh empat bulan bermula bulan Mei hingga Ogos depan,” katanya.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 16