AURA JUITA

Kulit cerah, gebu dengan Pearl White Putih Mulus

Kulit cerah, gebu dengan Pearl White Putih Mulus


SITI MARYAM bergambar bersama produk Pearl White Putih Mulus dan Set Putih Mulus 3 dalam 1 yang mendapat permintaan tinggi pengguna.


Sebagaimana yang diketahui umum, faktor pemakanan turut menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit yang biasa dihadapi oleh segelintir masyarakat pada hari ini.

Lebih-lebih lagi pada musim Aidilfitri yang disambut ketika ini, juadah istimewa yang disediakan bagi meraikan bulan yang mulia bagi umat Islam itu pastinya sukar untuk ditolak.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, segelintir masakan yang disediakan dengan cara menggoreng dan berminyak menyebabkan ia mampu mendatangkan penyakit sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak.

Bagi membantu masalah tersebut, beliau berkata, Jamu Jelita menghasilkan Pearl White Putih Mulus yang berfungsi untuk memelihara kulit dari dalam.

“Produk itu telah berada di pasaran selama lima tahun ekoran permintaan yang tinggi daripada pengguna. Rumusan yang kami gunakan dalam penghasilannya memastikan minuman itu mengandungi astaxanthin iaitu sumber utama bagi antioksida.

“Ia mengandungi 800 kali ganda coenzyme Q10, 6,000 kali ganda vitamin C dan 1,000 kali ganda vitamin E,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Selain itu, Siti Maryam berkata, Pearl White Putih Mulus ia juga menerima kandungan antioksida daripada blue berry yang merupakan ejen antipenuaan semula jadi, serta mempunyai fungsi berguna untuk kulit.

Beliau memberitahu, rumusan yang digunakan dalam penghasilan produk itu juga memastikan ia membantu melindungi kulit pengguna daripada sinaran ultraungu (UV), melembap, melembut serta melicinkan kulit pengguna dengan sekata.

“Pearl White Putih Mulus juga mengandungi kolagen yang berperanan untuk membantu melambatkan proses kedutan dan penuaan kulit, sekali gus membantu mengatasi masalah jeragat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kulit wajah merupakan antara bahagian yang paling banyak terdedah kepada pelbagai masalah kulit.

Jelasnya, antara punca berlakunya masalah kerosakan kulit wajah ialah penggunaan solekan tebal yang mana ia menyebabkan liang pori dipenuhi dengan kotoran dan tersumbat, sekali gus menyumbang kepada pembentukan jerawat.


Pearl White Putih Mulus didatangkan dengan pelbagai khasiat baik untuk pengguna.


“Masalah itu boleh menjadi lebih teruk sekiranya pengguna tidak memberikan kulit wajah penjagaan khusus. Sehubungan itu, Jamu Jelita menghasilkan set penjagaan wajah iaitu Set Putih Mulus 3 dalam 1.

“Ia yang melengkapi Pearl White Putih Mulus telah dirumus bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat saban hari. Produk itu sesuai dipakai oleh mereka yang mengalami masalah seperti berjerawat, berminyak, kering dan gelap,” katanya.

Mengulas lanjut, Siti Maryam berkata, set tiga dalam satu itu membantu untuk melindungi lapisan kulit pengguna yang sering terdedah dengan pencemaran dan sinaran UV.

Katanya, ia mengandungi tiga produk iaitu Sabun Seri Wajah bagi menyingkirkan kotoran sehingga ke liang pori dan menanggalkan solekan serta BB Silky Day Cream yang berfungsi melindungi kulit daripada sinaran UV dan berperanan sebagai asas solekan selain membantu mengecutkan jerawat.

“Set itu juga didatangkan dengan Putih Salju Night Cream yang digunakan pada waktu malam untuk menanggalkan sel kulit mati dan membantu menjadikan tona kulit wajah menjadi lebih sekata.

“Minuman pencerahan Pearl White Putih Mulus dijual pada harga RM36.90 di Semenanjung Malaysia dan RM38.90 (Sabah dan Sarawak). Bancuh satu skup ke dalam 150 mililiter air dan amalkannya 15 minit sebelum sarapan dan sebelum tidur ketika perut kosong.

“Set penjagaan wajah Putih Mulus pula dijual pada harga RM55.90 di Semenanjung Malaysia dan RM58.90 di Sabah dan Sarawak. Gunakannya dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan malam,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan kedua-dua produk berkenaan menerusi stokis Jamu Jelita serta boleh melakukan pembelian secara online di laman web www.lazada.com.my, www.shopee.com.my dan www.11street.my dengan potongan harga sehingga 40 peratus.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47