AURA JUITA

Dermax 360 produk berkualiti mampu milik

Dermax 360 produk berkualiti mampu milik



Dermax Superskin 360 (Dermax 360) merupakan jenama produk kesihatan dan kecantikan tempatan yang ditawarkan pada harga mampu milik kepada semua golongan pengguna.

Pengasasnya, Datuk Dr. Mohamad Ruslan Shah berkata, antara produk terbaharu Dermax 360 yang menawarkan penjimatan namun memiliki kualiti tinggi ialah suplemen Cell Pro HD1000.

Beliau menjelaskan, suplemen tersebut telah dirumus menggunakan bahan-bahan terpilih yang telah dikenal pasti memiliki khasiat berguna bagi orang ramai yang mengamalkannya.

“Kami hanya menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi dalam penghasilannya. Antara kandungan Cell Pro HD1000 ialah makanan sunah seperti habbatus sauda dan buah kurma.

“Selain itu, ia juga mengandungi herba-herba tradisional dan bahan yang sinonim dengan masyarakat di negara kita seperti cekur, kunyit, bunga cengkih dan lada hitam,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mohamad Roslan berkata, suplemen yang membantu menambahkan tenaga pengguna dan memiliki rasa seakan-akan buah kurma itu boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita yang berusia 18 tahun ke atas.

Beliau menegaskan, Cell Pro HD1000 perlu diamalkan pengguna secara konsisten bagi mendapatkan kesannya, dengan cara penggunaannya ialah dengan mengambilnya sebanyak dua kali sehari.

“Mereka cuma perlu meminum sebanyak 20 mililiter (ml) setiap kali pengambilannya iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, produk yang baru sahaja dipasarkan pada bulan Mei lalu itu telah berjaya dijual kira-kira 10,000 botol di seluruh negara ekoran permintaan yang tinggi diterima daripada pengguna.


MOHAMAD RUSLAN bersama barisan produk kesihatan keluaran syarikatnya, Dermax 360.


Katanya, ia termasuklah di negara-negara di rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan juga Thailand.

“Cell Pro HD1000 dijual pada harga berpatutan iaitu RM120 di Semenanjung Malaysia dan RM130 di Sabah dan Sarawak,” katanya yang turut memberitahu, Dermax 360 mempunyai kira-kira 20,000 orang ejen berdaftar di seluruh negara.

Sementara itu, Mohamad Ruslan berkata, satu lagi produk Dermax 360 yang boleh digunakan oleh orang ramai ialah Evo Ultra HD Pro White Serum yang dijual pada harga RM199.90.

“Produk tersebut mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu sebagai serum dan juga asas solekan (foundation). Kualitinya terjamin kerana ia turut dirumus menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi.

“Setiap pembelian produk berkenaan akan disertakan dengan topeng muka yang berfungsi membantu mencerahkan wajah pengguna secara percuma. Ia boleh bertahan antara tiga hingga empat bulan bergantung kepada cara penggunaannya,” katanya.

Tambah beliau, Dermax 360 telah mengeluarkan kira-kira 50 produk kecantikan dan kesihatan yang rata-rata daripadanya dijual bermula pada harga RM50 sahaja.

“Pengguna tidak perlu bimbang menggunakan produk kami kerana ia telah dihasilkan secara teliti bagi memastikan setiap daripada produk berkenaan memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 16