VARIA

Nikmati rasa coklat gelap pelbagai negara

Nikmati rasa coklat gelap pelbagai negara

THE Dark Gallery turut mempromosikan seni di sebalik penghasilan coklat.


COKLAT gelap turut dikenali sebagai coklat kosong atau coklat hitam. Ia mengandungi susu yang lebih rendah atau kadang-kadang tiada susu langsung dengan sekurang-kurangnya 70 peratus biji koko berbanding coklat lain.

Ia dikatakan baik untuk dimakan kerana rendah kadar gula selain tiada lemak tepu atau minyak sayuran terhidrogenasi.

Begitupun, coklat gelap sinonim dengan rasa pahit iaitu semakin gelap warna, semakin pahit rasanya.

Justeru, apa kata uji tunas rasa dengan mengecapi pelbagai perasa coklat gelap daripada beberapa negara di The Dark Gallery yang dilancarkan di pusat beli-belah MyTOWN, Cheras, Kuala Lumpur pada 16 Mac lalu.

Pengurusnya, Eunice Siaw bercerita, The Dark Gallery merupakan sebuah gabungan kafe butik yang bukan sahaja mempromosikan rasa autentik coklat gelap tetapi seni di sebalik pembuatannya.

“Keistimewaannya ialah menggunakan coklat couverture (coklat dibuat daripada mentega koko tambahan) berasal daripada jenama coklat seperti Valrhona dan Cacao Barry serta biji coklat daripada pembekal kecil-kecilan.

“Selain menikmati hidangan kegemaran, pelanggan juga boleh melihat cef sedang menghasilkan coklat, menyejukbekukan atau pastri di sebalik cermin kaca,” ujarnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

The Dark Gallery dimiliki jenama makanan dan minuman (F&B) berasal dari Singapura, Thirtythree.

Ia merupakan outlet pertama seumpamanya yang di buka di luar Singapura.

Menerusi sesi uji rasa dan pilihan coklat yang ada, peminat kudapan itu boleh menghayati dan membezakan pelbagai jenis coklat sama ada ia merupakan single origin (coklat asal tunggal) atau coklat campuran.

Infografik


SINGLE ORIGIN membawakan rasa coklat yang berbeza dari Madagascar, Ecuador, Republik Dominica dan Venezuela.


Single origin merupakan coklat dalam bentuk asli daripada pelbagai negara antaranya, Venezuela, Ecuador, Madagascar dan Republik Dominica.

Turut disertakan ialah cetakan infografik yang menerangkan profil rasa setiap coklat.

“Ia tidak pahit seperti jangkaan sesetengah orang kerana percubaan demi percubaan telah dilakukan. Campuran aiskrim dan pastri membuatkan rasanya lebih seimbang.

“Sebagai contoh, coklat dari Madagascar yang mempunyai 64 peratus kandungan coklat lebih pahit daripada coklat Dominica (70 peratus) dan Venezuela (72 peratus). Ia mungkin didorong oleh iklim dan faktor geografi tempat asal coklat itu,” tambahnya.

Antara hidangan sigantur The Dark Gallery ialah Chocolate Rhapsody. Ia merangkumi tiga skup besar aiskrim coklat gelap, susu yang disusun di atas lapisan coklat rangup, dikelilingi mousse coklat, meringue coklat dan biskut koko melengkung.

Terdapat juga pilihan aiskrim premium dari harga RM10 dihasilkan dalam jumlah yang kecil setiap hari bagi memastikan kualiti dan kesegarannya.

Sejumlah 12 pilihan perasa coklat dan bukan coklat boleh dipilih termasuk dua perasa yang diselang-selikan seperti salted peanut butter, sea salt butterscotch, fresh peppermint dan coklat gelap yang mempunyai kepekatan koko 80 peratus.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 47