VARIA

Nikmati lebaran bersama Loaded Pockets

Nikmati lebaran bersama Loaded Pockets


PIZA Loaded Pockets mempunyai 12 kerak yang berinti ayam, keju dan cendawan.


SEMPENA Hari Raya Aidilfitri, Pizza Hut Malaysia menampilkan semula piza istimewanya iaitu Loaded Pockets.

Padat dengan limpahan kelazatan untuk memenuhi cita rasa semua lapisan masyarakat, piza ini menjanjikan kepuasan sehingga gigitan terakhir.

Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara sehingga 21 Julai ini.

Menggunakan slogan, Juadah Beraneka Memikat Selera di Bulan Mulia, piza Loaded Pockets menampilkan 12 kerak poket yang padat berinti dan menyelerakan.

Setiap satunya berisi ayam serta cendawan dan ditabur keju cheddar bagi menghasilkan lebih kerangupan.

Keenakannya berganda dengan kombinasi bahan-bahan segar yang pastinya menggamit selera seperti lada benggala, cebisan nanas, bawang karamel dan ayam berempah manis.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd., Merrill Pererya, setiap orang mencari hidangan yang lazat dan dapat memenuhi keinginan mereka justeru, piza Loaded Pockets diperkenalkan.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi seleksi pembuka selera, hidangan tambahan dan juga pelbagai pilihan pencuci mulut untuk dinikmati seisi keluarga.

“Bagi pihak Pizza Hut Malaysia, kami juga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pelanggan kami yang beragama Islam dan semoga mereka dapat menikmati masa yang bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Piza Loaded Pockets baharu kini boleh didapati menerusi pesanan ala carte hanya pada RM32.50 manakala kombo pula ditawarkan untuk makan di restoran.

“Pizza Hut turut menawarkan pilihan kombo menarik untuk dua orang dan empat orang bagi mereka yang inginkan penjimatan hebat,” jelasnya.

Setiap kombo mengandungi satu piza Loaded Pockets bersaiz sederhana (kombo untuk empat orang termasuk satu lagi piza kegemaran bersaiz sederhana), sup cendawan, pelbagai pilihan minuman seperti Shaken Ice Lemon Tea dan Wildberry Smash Tea, seleksi pembuka selera untuk dipilih seperti chips and dips, caesar salad, roti bawang putih, kentang goreng rangup dan pencuci mulut puding ros.

Kombo ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 untuk dua orang dan RM79.90 untuk empat orang.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 265