GENK

Tidak yakin menduduki PT3

Tidak yakin menduduki PT3

SOALAN

SALAM sejahtera Che Kuntum, saya Nadia berumur 15 tahun dan berasal dari Tanjung Malim, Perak.

Tahun ini saya akan menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan rasa gementar untuk mendudukinya telah mula menghantui diri saya.

Walaupun saya sering mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan berada di kelas pertama, saya masih tidak yakin dengan diri untuk menghadapinya.

Saya amat takut sekiranya tidak dapat menjawab peperiksaan itu dengan baik, sekali gus akan mengecewakan ibu dan bapa saya.

Apa yang perlu saya lakukan Che Kuntum?

NADIA,

Tanjung Malim, Perak.

JAWAPAN

TERIMA kasih Nadia kerana sudi menghubungi Che Kuntum.

Rasa tidak yakin terhadap diri sendiri menyebabkan Nadia sering berfikir tentang perkara negatif.

Untuk mengatasi masalah itu, perkara utama yang anda perlu buat adalah buang rasa tidak yakin pada diri sendiri tersebut.

Apabila rasa itu dapat diatasi, Nadia akan lebih fokus untuk menghadapi PT3.

Usah memikirkan tentang kegagalan, sebaliknya Nadia perlu fokus dan rajin belajar untuk menghadapi peperiksaan itu.

Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk berdoa kepada Tuhan agar anda dapat menjawab peperiksaan itu dengan tenang, sekali gus memperoleh keputusan yang cemerlang.

Process time in ms: 31