GENK

Buntu memilih bidang pengajian

Buntu memilih bidang pengajian

SOALAN

ASSALAMUALAIKUM Che Kuntum, saya Kamil berusia 18 tahun dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini, saya masih belum menyambungkan pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta lagi.

Memandangkan saya anak tunggal dalam keluarga, saya tiada abang atau kakak untuk meminta nasihat tentang bidang apakah yang patut saya ceburi.

Saya bukanlah pelajar yang pintar, kedua-dua ibu bapa tidak menghalang saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang apapun.

Boleh Che Kuntum memberikan pandangan berkaitan bidang apa yang boleh saya ceburi dan mampu menjamin masa depan saya?

KAMIL,

Seremban, Negeri Sembilan.

JAWAPAN

WAALAUKUMUSSALAM Kamil, terima kasih kerana sudi menghubungi Che Kuntum.

Sebenarnya, pelbagai bidang boleh diambil untuk meneruskan pengajian. Pada pendapat Che Kuntum, anda perlu memilih bidang yang ada kaitan dengan minat anda.

Jika Kamil menceburi bidang pengajian yang kena dengan minat, anda pasti gembira untuk belajar.

Jika Kamil minat dalam bidang kemahiran, tidak salah untuk menceburinya. Bidang kemahiran juga mempunyai peluang pekerjaan yang banyak.

Sebagai contoh, anda boleh menceburi bidang kulinari kerana peluang kerjaya dalam bidang itu sentiasa terbuka.

Bagaimanapun, keputusan di tangan Kamil. Anda juga boleh meminta pandangan saudara-mara terdekat yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk membuat keputusan.

Process time in ms: 31