DIVA INTERAKTIF

Doakan Saleem Iklim dan Mus May sihat

Doakan Saleem Iklim dan Mus May sihat




MINGGU ini, Diva dikejutkan dengan dua penyanyi otai bersuara hebat, Saleem Iklim dan Mus May yang dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami demam panas.

Saleem dikhabarkan pada awalnya mengalami ketumbuhan di bawah perut yang kemudian merebak. Apa yang diberitahu oleh isterinya, Julia, maka disebabkan itu virus mula merebak ke bahagian paru-paru penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu.

Tekanan darah rendah dan demam yang tidak menentu akibat jangkitan kuman menyebabkan Saleem kini di bawah jagaan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Sementara, Mus pula dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin lalu selepas mengalami demam panas.

Apa yang Diva tahu, doktor mengesahkan Mus mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah sehingga menyebabkan dia menjadi terlalu lemah.

Pastinya kedua-dua berita itu membuatkan ramai yang berduka.

Namun, apa yang lebih menyayat hati Diva apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai kematian Saleem.

Cubalah mendoakan kesihatan penyanyi itu daripada menyebarkan berita yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya.

Jadi, apabila isteri Saleem akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan sebarang cerita palsu Saleem, Diva sokong 100 peratus.

Orang yang tidak bertanggungjawab seperti itu harus diajar supaya tidak sewenang-wenangnya meraih keuntungan dengan berita palsu.

Diva doakan semoga Saleem dan Mus cepat sembuh dan kembali mewarnai industri muzik dengan suara hebat mereka.

Diva: Tahniah Anis Al-Idrus yang selamat menjadi isteri kepada Aiman Rafzan.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 46