AURA JUITA

Jus Qasih Sayang penuhi cita rasa wanita

Jus Qasih Sayang penuhi cita rasa wanita


MAZIAH bersama produk keluaran Almas yang sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pengguna.


EKORAN tuntutan kerjaya dan aktiviti harian yang sibuk ditambah dengan masa yang terhad, seseorang memerlukan sumber tenaga yang lebih konsisten bagi memastikan segala urusan tidak tergendala.

Disebabkan hal tersebut, aspek kesihatan, kecantikan dalaman dan luaran seseorang pada masa kini dilihat semakin terabai dan kurang menjadi tumpuan utama khususnya dalam kalangan wanita.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar dan pengedar produk kesihatan bumiputera terkenal, Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. (Almas) menawarkan produk khas bagi golongan wanita bagi memelihara kesihatan dalaman menerusi Jus Qasih Sayang yang penuh khasiat.

Menurut pengasasnya, Datin Maziah Mohamed, Jus Qasih Sayang merupakan antara produk yang boleh dimanfaatkan golongan wanita kerana tidak banyak syarikat di luar sana yang menawarkan produk sedemikian rupa lebih-lebih lagi pada kadar harga berpatutan.

“Ia merupakan produk khusus untuk dalaman wanita terutamanya pada bahagian perut selain sesuai diamalkan bagi mereka yang kerap berasa lesu dan lemah.

“Jus Qasih Sayang mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh golongan wanita dan bagus jika diamalkan setiap hari kerana ia merupakan hasil daripada formulasi bahan terpilih serta berkualiti tinggi.

“Bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit lebih anjal dan tegang, pengambilan berterusan Jus Qasih Sayang amat digalakkan untuk mengekalkan keremajaan dan awet muda,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.


Delima menjadi bahan utama yang bertindak sebagai agen antioksidan.


Dipercayai dapat membantu golongan wanita meningkatkan tahap kehidupan, Maziah menjelaskan, produk Jus Qasih Sayang dihasilkan daripada kurma, buah delima, kacip Fatimah, daun sirih, kayu serapat, madu, halia bara dan manjakani.

Mengulas lanjut tentang bahan yang digunakan dalam produk berkenaan, Maziah memberitahu, penggunaan buah kurma dan delima menjadi rumusan terpenting dan paling utama dalam produk berkenaan.

Katanya, buah kurma kaya dengan antioksidan yang dapat membantu menentang proses penuaan selain tinggi dengan kandungan potassium yang bagus untuk kecergasan jasmani.

“Buah delima dirumus bersama kerana kandungan anthocyanin dan tannin hidrolisis di dalamnya merupakan satu agen antioksidan yang bagus untuk memelihara keremajaan kulit selain berfungsi melancarkan proses pencernaan badan.

“Kesemua bahan-bahan premium tersebut diformulasi secara teliti di kilang yang bersih dan menepati piawaian tertentu. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau tentang status bagaimana produk tersebut dihasilkan,” ujarnya.

Mengulas tentang nama produk minuman itu, katanya, ia dinamakan sedemikian ekoran khasiatnya yang baik bagi golongan wanita terutamanya yang baru melahirkan bayi serta dalam pantang.

Ditawarkan pada harga RM39 di Semenanjung Malaysia dan RM43 (Sabah dan Sarawak), ia dilihat cukup berpatutan dan mampu milik berbanding kandungan khasiat yang ditawarkan di dalam produk bersaiz 250ml tersebut.

Maklumat lanjut mengenai produk keluaran Almas boleh didapati menerusi laman web www.almas.com.my atau menghubungi talian 019-212 2005 dan 019-278 2005.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47