DIVA INTERAKTIF

Ramai yang suka Waris berubah sikap

Ramai yang suka Waris berubah sikap

WARIS


SIKAP penyanyi rap popular, Waris yang didakwa bermasalah serta sukar menepati masa bukan sesuatu yang asing dalam kalangan media.

Diva sendiri pun tidak tahu mengapa Waris bersikap sedemikian selama ini. Mungkin, Waris ada alasannya tersendiri berhubung perkara itu.

Cuma baru-baru ini, ada cerita positif mengenai Waris yang sampai ke telinga Diva. Ada yang beritahu, Waris kini semakin okey dan tidak lagi berdepan masalah sikap.

Contohnya, Waris dilihat sabar melayan permintaan peminat walaupun memakan masa selama berjam-jam lamanya, selain dengarnya ketika itu Waris sebenarnya sedang bercuti bersama keluarga baru-baru ini.

Wah, ini sudah satu perkembangan yang bagus. Bukan apa, setahu Diva Waris memang sukar untuk memberikan kerjasama selama ini terutamanya jika diminta bergambar ketika dia sedang menjamu selera.

Baguslah begitu Waris. Mudah-mudahan sikap positif seperti ini dikekalkan Waris sampai bila-bila tau. Bukan apa, sayang juga jika dibayangi cerita-cerita negatif seperti ini, tambahan pula awak memang berbakat besar dalam dunia hiburan tanah air.

Diva: Cukup suka dengan lagu Ini Lagi Boom nyanyian Waris bersama Nora Danish. Memang layan habis dibuatnya.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 32