AURA JUITA

Jus Nusantara, Charisma produk penuh khasiat

Jus Nusantara, Charisma produk penuh khasiat


Produk keluaran Almas diperbuat daripada bahan-bahan terpilih dan semula jadi serta selamat digunakan tanpa was-was.


PENJAGAAN kesihatan merupakan satu aspek dalam kehidupan yang tidak boleh diambil ringan baik daripada golongan muda mahupun yang telah berusia.

Tambahan pula, perkembangan teknologi semasa membolehkan pengusaha produk kesihatan dan kecantikan untuk menghasilkan makanan tambahan bermutu serta mengandungi khasiat yang baik untuk orang ramai.

Antara pengeluar produk kesihatan dan kecantikan yang terkenal di negara ini, Almas Beauty & Health (Almas) telah menghasilkan pelbagai bentuk makanan suplemen yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.

Menurut pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed, antara produk yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan terutama kaum wanita di negara ini ialah Jus Nusantara yang sememangnya cukup terkenal dengan keistimewaan kandungan khasiatnya.

“Jus Nusantara mendapat khasiat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan formulasi yang kami gunakan dalam penghasilannya.

“Saya percaya bahawa formulasi produk tersebut yang menggabungkan penggunaan makanan sunah seperti madu, kurma dan buah delima menjadikan produk itu penuh dengan khasiat,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Beliau berkata, selain makanan sunah, Jus Nusantara juga dirumus menggunakan tumbuhan herba tempatan yang dipercayai mengandungi pelbagai khasiat berguna sejak turun-temurun.

Maziah memberitahu, antara tumbuhan herba yang digunakan tersebut ialah temu lawak, halia bara, kunyit, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada hitam.

“Pengguna boleh mendapatkan Jus Nusantara pada harga RM148 di Semenanjung Malaysia dan RM158 di Sabah dan Sarawak,” ujarnya yang turut memberitahu, Jus Nusantara juga boleh didapati dalam Pek Kembara yang dijual pada harga RM118 di Semenanjung Malaysia dan RM128 bagi Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Maziah berkata, orang ramai juga boleh menggunakan satu lagi produk keluaran Almas iaitu Charisma Phyto Stemcell.

Jelas beliau, Charisma Phyto Stemcell mempunyai pelbagai khasiat yang mempunyai pelbagai khasiat sekali gus membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih ceria dan aktif.

“Antara khasiat produk berkenaan ialah ia dipercayai dapat membantu pengguna menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit mati.

“Bukan itu sahaja, kita juga percaya Charisma Phyto Stemcell boleh dimanfaatkan oleh golongan ibu yang sedang menyusukan bayi,” katanya yang menyatakan produk tersebut dijual pada harga RM128 di Semenanjung Malaysia dan RM138 bagi Sabah dan Sarawak.

Menariknya, untuk penggunaan harian golongan wanita terutama pada musim lebaran ini, Almas turut menawarkan Jus Qasih Sayang yang turut membantu mereka membekalkan tenaga sepanjang hari.

Katanya, jus yang dipercayai dapat membantu golongan wanita untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka itu diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan terpilih.

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk kesihatan tersebut ialah kurma, buah delima, kacip fatimah, daun sirih, kayu serapat, madu, halia bara dan manjakani.

“Jus Qasih Sayang yang biasanya dijual pada harga RM39 di Semenanjung Malaysia dan RM43 bagi Sabah dan Sarawak ini sesuai untuk digunakan oleh wanita yang ingin meningkatkan tahap kecergasan serta tenaga tambahan,” katanya.

Mengulas tentang nama produk minuman itu, katanya, ia dinamakan sedemikian ekoran khasiatnya yang baik bagi golongan wanita terutamanya yang baru melahirkan bayi serta dalam pantang.

Pengguna juga tidak perlu gusar untuk menggunakan produk keluaran Almas kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Maklumat lanjut mengenai Almas boleh didapati menerusi laman web www.almas.com.my atau menghubungi talian 019-212 2005 dan 019-278 2005.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 32