VARIA

Berhias diri cara lelaki sempena Aidilfitri

Berhias diri cara lelaki sempena Aidilfitri

Golongan lelaki semakin peka terhadap penampilan diri sama seperti kaum wanita.


Ramadan semakin melabuhkan tirainya manakala Aidilfitri pula sedang menanti untuk dirai.

Pelbagai jenis persiapan pasti sudah dilakukan oleh orang ramai seperti menyediakan busana raya, kuih-muih, juadah mahupun perkakas rumah baharu.

Pada ketika itu, masyarakat umumnya turut mengambil kesempatan berhias untuk tampil cantik sempena kedatangan hari lebaran ini.

Suatu masa dahulu, golongan wanita sahaja yang sinonim dengan bidang kecantikan.

Bagaimanapun, golongan lelaki juga kini tidak terkecuali untuk grooming atau menghias diri bagi mendapatkan penampilan yang segak serta kemas sempena Aidilfitri ini.

Senario itu dikongsi sendiri oleh pengasas bersama spa kecantikan lelaki, Sadomen Spa, Mohd. Shahrizal Razali, 31.

Katanya, sambutan pelanggan menjelang Aidilfitri sangat menggalakkan sehingga individu bukan beragama Islam juga merasai kemeriahan tersebut.

Walaupun pada awal Ramadan tempoh hari perniagaannya disifatkan sedikit perlahan, kini ia mulai rancak sehingga purata 15 orang pelanggan berkunjung dalam sehari di ketiga-tiga cawangan Sadomen Spa.

“Pertambahan jumlah pelanggan yang datang untuk grooming sempena Aidilfitri ini dipercayai disebabkan oleh kesedaran yang tinggi mengenai aspek penjagaan dan penampilan diri dalam kalangan lelaki moden.

“Bukan wanita sahaja hendak cantik. Kaum Adam juga ingin tampil dengan badan yang sihat, wajah yang bersih dan berseri sepanjang hari raya ini.

Langkah bijak


Rawatan pada bahagian muka di Sadomen Spa meningkat setiap kali menjelang Aidilfitri.


“Selepas menjalani beberapa perkhidmatan yang ditawarkan, mereka akan lebih yakin untuk bertandang ke rumah atau menerima kunjungan daripada sanak saudara serta sahabat handai,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Mohd. Shahrizal, golongan lelaki perlu menjalani grooming kerana kebanyakan mereka sibuk bekerja dan terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.

Oleh itu, berkunjung ke spa untuk menerima rawatan profesional adalah satu langkah yang bijak.

Dengan teknik yang betul dan bantuan mesin-mesin tertentu, masalah kulit kusam, tona tidak sekata, jerawat, kulit kering berpotensi untuk diatasi.

Sadomen Spa merupakan spa khusus buat lelaki yang mahu menjaga penampilan dan kesihatan tubuh dengan memberi fokus terhadap rawatan wajah serta badan.

Berdasarkan trend grooming tahun terdahulu, pelanggan dalam kalangan lelaki yang mahu menyambut Aidilfitri lebih mengutamakan rawatan pada bahagian muka.

“Sebelum proses rawatan bermula, sesi perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu.

“Selepas jenis kulit dan masalah yang dihadapi pelanggan dikenal pasti, barulah rawatan muka itu dapat dilakukan,” tambahnya.

Bagi menghargai pelanggan, Sadomen Spa turut menawarkan promosi hebat untuk rawatan wajah dan badan.

Untuk rawatan wajah, harga RM80 kini boleh didapati dengan hanya RM49 manakala masa happy hour bagi rawatan badan pada harga RM68 pula dilanjutkan dari pukul 4 petang sehingga 10 malam.

Ia merupakan promosi Sadomen Spa meraikan kemeriahan Aidilfitri dengan pelanggan-pelanggan yang dikasihi.

Selain penjagaan wajah, bahagian yang perlu dititikberatkan oleh golongan lelaki ketika grooming sempena hari raya adalah rambut.

Sementara itu, menurut pengasas kedai gunting rambut, Mr Serenade Barbershop, Muhammad Syaffreen Muttakal atau lebih mesra dengan nama Roy, rambut yang didandan rapi dan kemas mampu menyerlahkan lagi personaliti individu.

Mahkota wanita


ROY (kanan) tidak menang tangan melayan pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di kedainya, Mr Serenade Barbershop di Seremban, Negeri Sembilan.


“Suatu masa dahulu, bahagian rambut bagaikan mahkota bagi seorang wanita. Kini, golongan lelaki juga tidak terkecuali untuk memelihara bahagian itu.

“Sudah pasti, kaum Adam juga mahu tampil lebih menarik dan berkeyakinan untuk berhadapan dengan sanak saudara mahupun sahabat handai jika rambut mereka lebih kemas.

“Pada tahun ini, potongan yang menjadi trend sempena Aidilfitri ini sudah semestinya jenis pompadour,” jelasnya.

Bagaimanapun, Roy berpesan kepada golongan lelaki supaya berbincang dahulu dengan tukang gunting sebelum membuat sebarang potongan rambut.

Katanya, mereka seharusnya diberikan nasihat terlebih dahulu berkaitan imej yang bersesuaian dengan bentuk muka mereka supaya penampilan golongan itu tampak lebih berseri-seri pada pagi Aidilfitri.

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 46