SUKAN

JDT dapat sentuhan Portugal

JDT dapat sentuhan Portugal

FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS - SKUAD Harimau Selatan mendapat sentuhan Morais bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim ini.


KELAB bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi nafas baharu apabila memilih jurulatih dari Portugal untuk membawa skuad Harimau Selatan digeruni pada peringkat domestik dan antarabangsa.

Laman Facebook Johor Southern Tigers malam tadi menyebut, Ulisses Morais diumumkan sebagai pengurus dan ketua jurulatih baharu skuad Harimau Selatan.

Pengendali berusia 57 tahun itu akan menggantikan Benjamin Mora yang kembali melatih JDT II selepas membimbing skuad Harimau Selatan sejak awal musim ini bagi mengisi kekosongan Mario Gomez yang meletak jawatan dua hari sebelum final Piala Sumbangsih, Januari lalu.

Morais mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal termasuk Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar dan Academica De Coimbra.

“Jurulatih itu juga pernah melatih banyak pemain ternama sepanjang kariernya di sana. Selamat datang diucapkan kepada Morais yang menggalas tugas mengendali JDT,” katanya.

Pihak pengurusan JDT berharap pengalaman dimiliki jurulatih itu mampu membentuk skuad Harimau Selatan yang mantap.

Rencana Utama!»

Kallas buatan anak tempatan

PROJEK penggantian kubah dan kallas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini siap sepenuhnya awal tahun ini.

Process time in ms: 31