NEGARA

Enam laluan bahaya di Kelantan

Enam laluan bahaya di Kelantan


Enam laluan kerap berlaku kemalangan di Kelantan dipantau pihak polis dalam Ops Selamat 11 sepanjang Aidilfitri ini. – Gambar hiasan.


GUA MUSANG – Polis Kelantan menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika memandu di enam laluan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini.

Laluan terbabit ialah melibatkan daerah Kuala Krai di Kilometer (KM) 311.3 dan KM318.5 di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Pasir Mas di KM732 dan KM16.2 (Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas) hingga Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah.

Dua lagi laluan maut ialah di daerah Machang iaitu di KM290.2 (Jalan Tanah Merah-Pasir Puteh) dan Pasir Puteh di KM37 (Jalan Kota Bharu-Terengganu).

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Datuk Hasanuddin Hassan berkata, (gambar kecil) kesemua lokasi berkenaan antara yang dipantau dalam Ops Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah bermula kelmarin sehingga 2 Julai ini.

Katanya, tema Ops Selamat kali ini iaitu 'Rumah Selamat, Selamat ke Destinasi' adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan selain dapat memberi kesejahteraan kepada masyarakat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31