NEGARA

Radar TUDM rakam penuh nahas Hawk

Radar TUDM rakam penuh nahas Hawk


Kerusi anjal, bahagian besar bangkai pesawat ditemui di kawasan paya


KEMAMAN – Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau berkata, radar pengesan itu digunakan pada hari penerba­ngan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

“Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan de­ngan apa yang sebenarnya berlaku.

“Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjum­pai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya,” katanya pada sidang akhbar ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 16