NEGARA

5,000 alunkan bacaan al-Quran

5,000 alunkan bacaan al-Quran


Sultan Nazrin (tiga dari kiri) disertai Jamil Khir (tiga dari kanan) dan Zambry (dua dari kiri) membaca ayat suci al-Quran di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Alunan bacaan ayat suci al-Quran bergema di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini daripada lebih 5,000 tetamu yang menyertai program sejam bersama al-Quran, Malaysia#QuranHour yang memperlihatkan hadirin duduk serentak bagi mengalunkan bacaan.

Program tahun ketiga anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) yang bertemakan ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’ itu turut diadakan serentak di lebih 1,660 lokasi termasuk di luar negara mengatasi penganjurannya yang lepas iaitu sebanyak 750 lokasi di seluruh dunia.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu sebagai tanda sokongan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut menyertai orang ramai mengalunkan ayat suci al-Quran.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Majlis bacaan dipimpin secara bergilir-gilir antaranya oleh Mufti Wilayah Persekutan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dan artis yang juga Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor.

Program bermula pukul 12 tengah hari dan berakhir sejam kemudian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47