NEGARA

Kastam batal GST 60 barang

Kastam batal GST 60 barang


JKDM membatalkan cadangan mengenakan GST ke atas lebih 60 barang makanan antaranya ikan belut, ikan todak, cendawan, timun dan buah zaitun.


KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membatalkan cadangan untuk mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus ke atas lebih daripada 60 item makanan.

Lebih menarik, pembatalan pelaksanaan GST kepada barangan makanan tersebut dibuat beberapa jam selepas akhbar tempatan melaporkannya.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, laporan akhbar tempatan itu adalah merujuk kepada Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017.

“Ia telah diwartakan pada 6 Jun 2017 melalui P.U. (A) 162 dan dirancang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.

“Walau bagaimanapun, setelah merujuk kepada Kemen­terian Kewangan, JKDM membuat keputusan supaya ia dibatalkan,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 46